HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL – BOLU (MDK/MM)
Berkumpul di airport KLIA. Semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke Turki oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA untuk penerbangan ke Turki. Transit di Sharjah dan meneruskan penerbangan ke Istanbul. Ketibaan di lapangan terbang Istanbul. Peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan seterusnya akan dibawa menaiki bas untuk memulakan lawatan di Istanbul. Peserta akan melawat ke Blue mosque, Hippodrome, Topkapi Palace Photo Stop, Hagia sofia photo stop. Seterus nya peserta akan di bawa ke hotel. Makan malam dan bermalam di Bolu.
HARI 2: BOLU – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia melalui Ankara. Peserta akan di bawa melawat ke Salt Lake dan Mausoleum Ataturk. Peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.
HARI 3: CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, Peserta akan memulakan lawatan penuh di Cappadocia. Melawat Underground City, Goreme Photo Stop, Pigeons Valleys, Esentepe Hill, Camel Rock, Bird Valley, Salkim Tepesi dan Uchisar village. Seterusnya peserta akan dibawa dan membeli belah di Kilang tradisi pembuatan Carpet, Pottery di Avanos Village dan Jewelery shops. Makan Malam dan bermalam di Cappadocia. Optional Hot Air balloon.
HARI 4: CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, Peserta akan meneruskan perjalanan ke Pamukkale melalui Konya. Peserta akan dibawa melawat muzium Mevlana. Ia merupakan kota milik tokoh sufi terkenal iaitu Maulana Jalaluddin Rumi. Di dalamnyalah terletak makam Maulana Jalaluddin Rumi dan kitab-kitab beliau. Seterusnya Peserta akan singgah ke Caravanserai. Tibanya di Pamukkale peserta akan di bawa ke Textile. Makan Malam dan bermalam di Pamukkale.
HARI 5: PAMUKKALE – BURSA(SP/MT/MM)
Sarapan pagi, Peserta akan melawat dan menerokai Antique city of Hierapolis dan cotton castle. Peserta akan dibawa ke Leather Factory Showroom dan membeli pakaian kulit yang berkualiti. Setelah makan tengah hari, peserta akan meneruskan perjalanan ke Ephesus Ancent City. Setelah selesai peserta akan meneruskan perjalanan ke Bursa. Makan Malam dan bermalam di Bursa
HARI 6: BURSA – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, Peserta akan dibawa melawat Grand Mosque. Seterusnya, peserta akan melawat Green Mosque & Tomb. Setelah selesai, peserta akan dibawa membeli belah di Silk Bazaar. Seterusnya peserta akan menuju ke Istanbul. Tibanya di Istanbul peserta akan di bawa ke Grand Bazaar. Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 7: ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi; Peserta akan meneruskan lawatan di Istanbul. peserta akan menaiki feri Bosphorus Cruise untuk mengharungi Marmara Sea. Setelah makan tengah hari, peserta akan dibawa ke Taksim Square dan Spice bazaar. Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 8: ISTANBUL (SP)
Sarapan pagi. Seterusnya peserta akan di bawa ke lapangan terbang untuk penerbangan balik. Transit Sharjah dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
HARI 9: – KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di Kuala Lumpur International Airport.