HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL- BURSA (MOB/MM)
Berkumpul di airport KLIA. Semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke Turki oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA dan transit di Sharjah untuk penerbangan ke Turki. Ketibaan di lapangan terbang Istanbul. Peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan seterusnya akan dibawa menaiki bas untuk memulakan perjalanan dari Istanbul ke Bursa. Peserta akan dibawa membeli belah di Silk Bazaar. Setelah selesai, peserta akan dibawa melawat Great Mosque. Makan malam dan bermalam di Bursa.
HARI 2: BURSA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi; Peserta akan di bawa melawat ke Green Mausoleum. Green Mausoleum ialah Makam Hijau yang merupakan salah satu ikon Bursa yang paling khas dan berdiri di atas bukit di lingkungan Yeşil di Bursa. Kemudian, peserta akan dibawa melawat ke Ephesus Ancient City dan meneruskan perjalanan ke kawasan Pamukkale. Peserta akan melawat Hierapolis Ancient City dan meneroka sekitar Pamukkale. Makan malam dan bermalam di Pamukkale.
HARI 3: PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, Peserta akan meneruskan perjalanan ke Konya dan singgah ke Mevlana. Di Mevlana, peserta akan melawat Muzium Mevlana. Peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia dan photo stop di Kervansaray. Tiba di Cappadocia. Makan Malam dan bermalam di Cappadocia.
HARI 4: CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi; peserta akan memulakan lawatan penuh di Cappadocia. Melawat Cardak Underground City, Goreme Photo Stop dan Uchisar Citadel Photo Stop. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.
Aktiviti Pilihan (sebelah pagi): Hot Air balloon.
HARI 5: CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, bertolak ke tarikan utama musim sejuk iaitu Ski Resort, Gunung Erciyes (sekiranya ada salji pada musim sejuk sahaja) dengan menaiki cable car. Seterusnya peserta akan melawat Ataturk Mausoleum. Makan malam dan bermalam di Bolu.
HARI 6: BOLU – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Setelah sarapan pagi, peserta akan meneruskan perjalanan ke Istanbul. Setelah tiba peserta akan dibawa melawat Camlica Mosque & Camlica Hill. Peserta akan dibawa melawat Hagia Sophia, Blue Mosque & Hippodrome dan bergambar dihadapan Topkapi palace. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Grand Bazaar yang berumur 500 tahun untuk membeli belah. Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 7: ISTANBUL (SP/MT/MM)
Setelah selesai sarapan pagi, peserta akan meneruskan lawatan di Istanbul. Peserta akan dibawa mengharungi Marmara Sea by ferryboat, Bosphorus Cruise. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Spice Bazaar dan Taksim Square untuk membeli belah di Ortakoy. Makan malam di restoran dan bermalam di Istanbul.
HARI 8: ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di hotel, seterusnya peserta akan Bersiap sedia untuk dihantar ke Istanbul International Airport untuk penerbangan transit ke sharjah sebelum pulang ke tanah air.
HARI 9: – KUALA LUMPUR (MOB)
Tiba di Kuala Lumpur International Airport.