9H7M Turkiye 7 Daerah

Pakej Percutian Turki 7 Daerah membawa anda merentasi Istanbul, Bolu, Cappadocia, Konya, Pamukkale, Bursa, dan Bosphorus Cruise. Lawatan ini termasuk Grand Bazaar, Blue Mosque, Cotton Castle, dan pengalaman unik seperti Hot Air Balloon (pilihan tambahan) di Cappadocia.
Bermula RM5190/pax
  • 9H7M
  • Emirates

Jadual Perjalanan

HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL – BOLU (MDK/MM)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Turkiye melalui transit di Dubai. Tiba di Istanbul, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong dan memulakan lawatan ke Blue Mosque, Hippodrome, Topkapi Palace (photostop), dan Hagia Sofia (photostop). Selepas itu, peserta akan bertolak ke Bolu untuk makan malam dan bermalam.

HARI 2: BOLU – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Cappadocia melalui Ankara. Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Salt Lake dan melawat Muzium Ataturk. Perjalanan diteruskan ke Cappadocia untuk makan malam dan bermalam.

HARI 3: CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan penuh di Cappadocia. Peserta akan melawat Underground City, Goreme (photostop), Pigeons Valleys, Esentepe Hill, Camel Rock, Bird Valley, Salkim Tepesi, dan Uchisar Village. Lawatan membeli-belah di kilang karpet tradisional, pottery di Avanos Village, dan kedai barang kemas. Makan malam dan bermalam di Cappadocia. (Pilihan tambahan: Hot Air Balloon – USD 300-330, Jeep Safari – USD 120, ATV Ride – USD 70)

HARI 4: CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Pamukkale melalui Konya. Lawatan ke Muzium Mevlana, kota sufi terkenal tempat persemadian Maulana Jalaluddin Rumi, dan Caravanserai, persinggahan kafilah zaman silam. Setibanya di Pamukkale, peserta akan melawat Lawatan Textile sebelum makan malam dan bermalam di Pamukkale.

HARI 5: PAMUKKALE – BURSA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Antique City of Hierapolis dan Cotton Castle, formasi mineral semula jadi yang menakjubkan. Selepas makan tengahari, peserta akan melawat Leather Factory Showroom sebelum bertolak ke Bursa. Makan malam dan bermalam di Bursa. (Pilihan tambahan: Shuttle van ke Cotton Castle)

HARI 6: BURSA – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Grand Mosque dan Green Mosque & Tomb. Seterusnya, peserta akan membeli-belah di Silk Bazaar. Kemudian, bertolak ke Istanbul dan mengunjungi Grand Bazaar, pasar tertua di Istanbul. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 7: ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum menaiki Bosphorus Cruise, pelayaran antara benua Asia dan Eropah merentasi Marmara Sea. Selepas itu, peserta akan melawat Spice Bazaar dan menikmati masa bebas di Taksim Square. Makan malam dan bermalam di Istanbul. (Pilihan tambahan: Topkapi Palace – USD 60, Hagia Sofia – USD 50)

HARI 8: ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui transit di Dubai.

HARI 9: KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di KLIA dan tamat perjalanan.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 30kg (Emirates)
  • Penginapan di hotel 4-5 bintang lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan profesional
  • Tips untuk pemandu pelancong
  • Tiket ferryboat di Istanbul & Bosphorus Cruise

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas
  • Pilihan lawatan tambahan:
    • Hot Air Balloon (USD 300-330)
    • Jeep Safari (USD 120)
    • ATV Ride di Cappadocia (USD 70)
    • Topkapi Palace Museum (USD 60)
    • Hagia Sofia (USD 50)
    • Shuttle van ke Cotton Castle
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan