Jadual Perjalanan
HARI 1: KUALA LUMPUR – TAWAU – SEMPORNA (MDK)
Tiba di Lapangan Terbang Tawau, peserta akan dijemput oleh wakil syarikat dan dibawa ke tempat makan tengahari (tidak termasuk). Perjalanan diteruskan ke Pekan Semporna menaiki van. Daftar masuk ke hotel dan menikmati aktiviti bebas di sekitar pekan. Makan malam (tidak termasuk) dan bermalam di Semporna.
HARI 2: SEMPORNA – PULAU MABUL & PULAU KAPALAI (SP/MT)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Mabul (perjalanan 30 minit). Aktiviti lawatan termasuk bersiar-siar di Mabul Water Bungalow (tidak termasuk: RM50/pax). Makan tengahari dengan lunch box lokal sebelum meneruskan lawatan ke Pulau Kapalai untuk snorkeling dan bersiar-siar. Selepas itu, kembali ke Pekan Semporna untuk makan malam (tidak termasuk) dan berehat.
HARI 3: TAWAU – SEMPORNA (ISLAND HOPPING: MATAKING, TIMBA-TIMBA, POM-POM) (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke jeti pelancongan untuk memulakan island hopping. Lawatan pertama ke Pulau Mataking, diikuti dengan makan tengahari (Lunch Box Lokal). Seterusnya, peserta akan ke Pulau Timba-Timba untuk pengalaman bergambar di Pulau Pasir, dan akhirnya ke Pulau Pom-Pom untuk menikmati keindahan pantai. Selepas itu, bertolak ke water chalet untuk daftar masuk, makan malam, dan aktiviti bebas. Bermalam di water chalet.
HARI 4: SEMPORNA – TAWAU – KUALA LUMPUR (SP/MDK)
Sarapan pagi sebelum menikmati keindahan sunset dari water chalet dan berehat. Peserta boleh menikmati aktiviti mandi laut dengan pelampung atau jaket keselamatan yang disediakan. Selepas daftar keluar, peserta akan bertolak ke Lapangan Terbang Tawau untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
pakej pulau mabul semporna,pakej pulau mabul semporna,pakej pulau mabul semporna
Termasuk :
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg
- 2 malam Penginapan hotel 2-3 bintang lengkap dengan sarapan pagi
- 1 malam penginapan atas air (water chalet) lengkap dengan makan
- Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
- Tiket lawatan seperti dalam jadual
- Pengangkutan bas/van berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
- Pemandu pelancongan (driver cum guide) berbahasa Melayu
- Tips untuk pemandu pelancong
- Aktiviti island hopping seperti dalam jadual
Tidak Termasuk :
- Insurans perjalanan & Covid-19
- Kos makan tengahari dan malam (anggaran RM10-RM15 sekali makan) kecuali dinyatakan dalam jadual
- Ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Semporna)
- Kos caj tambahan untuk rakyat bukan Malaysia
- Tiket lawatan yang tidak dinyatakan
- Water Bungalow: RM50/pax
Butiran lain-lain:
- Deposit bayaran adalah sebanyak RM300 seorang.
- Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
- Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
- Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]
Tarikh Pelepasan & Harga :
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Anis
Tour Operation Exec

Cik Nuren
Tour Operation Exec
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

En Ammar
Tour Consultant Exec

Cik Syahirah
Tour Consultant Exec

En Rakin
Tour Consultant Exec

En Bashier
HOD Tour Consultant
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.