fbpx

4H3M Mabul Semporna [Lengkap Flight]

Melawat 'Maldives' malaysia di Semporna Sabah lengkap pengalaman 1 malam di water chalet
Bermula RM1690/pax
  • 4H3M
  • Malaysia Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR- TAWAU- SEMPORNA

Ketibaan di Lapangan Terbang Tawau. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat. Makan tengahari. Seterusnya bergerak ke pekan Semporna dengan menaiki van. Daftar masuk di penginapan di Semporna. Makan malam dan aktiviti bebas disekitar penginapan.

HARI 2:  SEMPORNA- PULAU MABUL (SP,MT)

Sarapan pagi di sekitar Kawasan hotel.Bergerak ke Jeti untuk ke Pulau Mabul. Dengan menaiki bot selama 30 minit, aktiviti dimulakan dengan bersiar-siar di Pulau Mabul. Anda boleh merakamkan kenangan di Mabul Water Bungalow (Optional Tour RM30/pax) ataupun melakukan aktiviti snorkeling. Pengembaraan pulau diteruskan dengan aktiviti bebas (snorkeling & bersiar-siar) di Pulau Kapalai sebelum pulang ke penginapan Semporna. Makan malam dan berehat.

HARI 3: SEMPORNA (ISLAND HOPING: MATAKING,TIMBA-TIMBA,POM-POM) (SP,MT,MM)

Sarapan pagi di sekitar kawasan hotel. Bertolak ke jeti pelancongan untuk pengembaraan pulau-pulau yang indah di Semporna. Anda akan bertolak ke Pulau Mataking.Makan tengahari.Seterusnya ke Pulau Timba-Timba dan diakhiri dengan lawatan ke Pulau Pom-Pom.Bergerak ke penginapan water chalet dan check in. Makan malam dan aktiviti bebas.

HARI 4: SEMPORNA- TAWAU – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di penginapan. Aktiviti bebas berehat menikmati pemandangan ataupun mandi laut. Daftar keluar penginapan dan anda akan dibawa ke pekan Semporna untuk makan tengahari sebelum bertolak semula ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Include

  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
  • Penginapan Hotel 3 bintang
  • Sarapan pagi
  • Penginapan atas Air lokal 1 malam (lengkap makan)
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancongan (driver cum guide) berbahasa melayu
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Aktiviti island hoping seperti didalam jadual.

Exclude

  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Kos Makan tengahari dan malam (anggaran RM10-RM15 sekali makan) kecuali dinyatakan dalam jadual.
  • Perkhidmatan ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Semporna)
  • Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
  • Tiket Lawatan yang tidak dinyatakan
  • Water Bungalow : RM30/pax

Additional Info

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM300 seorang.
  • Bukti vaksinasi 2 dos minima diperlukan untuk ke Sabah
  • Harga untuk seorang tertakluk kepada kekosongan dan cas tambahan pada hari hujung minggu dan cuti umum.
  • Jadual tertakluk kepada perubahan saat-saat akhir diatas factor cuaca atau masalah operasi.
  • Aktiviti yang telah disediakan tiada pemulangan jika tidak digunakan atau pembatalan diatas factor cuaca atau masalah operasi.
  • Kanak-kanak berumur dari 2 sehingga 11 tahun.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat semasa tempahan

Tarikh Pelepasan & Harga :

    Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan