skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM8580

Lengkap Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

7 Hari 5 Malam
Singapore Airlines
Hotel 3 Bintang
15 Seat

Tarikh Pelepasan

21-30 Oct 2020
7-16 Jan 2021

Aturcara Program

HARI 1 (Kuala Lumpur – Singapore – Christchurch)

Bertolak ke Christchurch menaiki Singapore Airlines. Transit di Singapore selama lebih kurang 4 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Christchurch.

HARI 2 (Christchurch)

Tiba di Christchurch Airport. Aktiviti bebas di Christchurch sebelum daftar masuk ke apartment untuk bermalam.

Makam malam disediakan.

HARI 3 (Christchurch – Geraldine – Lake Tekapo)

Daftar keluar apartment, menaiki “motorhome” dan memulakan lawatan di Christchurch – Masjid An-Noor. Lawatan diteruskan ke Geraldine, sebuah bandar yang cantik yang yang di antaranya terdapat pokok-pokok yang eksotik berserta Waihi River, juga terdapat pelabagai Butik pakaian dan cenderamata yang mempunyai keunikkan yang tersendiri. Meneruskan perjalanan ke Lake Tekapo dan bermalam.

HARI 4 (Lake Tekapo – Twizel)

Tasik Tekapo “Lake Tekapo” merupakan kedua daripada 3 tasik terbesar yang beselari sepanjang utara dan selatan bagi Mackenzie Basin. Lawatan diteruskan ke Aoraki Village dan Mt Cook. Mount Cook adalah gunung tertinggi di New Zealand, dan sentiasa di selaputi salji. Lawatan diteruskan ke Twizel, sebuah bandar besar die daerah Mackenzie. Aktiviti bebas dan bermalam Twizel

HARI 5 (Twizel – Queenstown)

Lawatan sekitar Twizel, merasai pengalaman High Country Salmon Farm. Meneruskan perjalanan ke Wanaka, yang mengambil masa lebih kurang 3jam (195km). Wanaka adalah “resort town” juga bandar ini menjadi pintu masuk  ke Southern Alps’ Mount Aspiring National Park. Lawatan diteruskan ke Queenstown. Lawatan ke Lake Wakatipu, yang merupakan 3 tasik terbesar di New Zealand yang kluasannya sepanjang 84km. Aktiviti bebas bermalam Queenstown.

HARI 6 (Queenstown)

Aktivit bebas di Queenstown. Anda berpeluang melakukan aktiviti disekitar Queenstown secara percuma atau dengan kos yang rendah seperti Tiki Trail to Bob’s Peak, mendaki puncak tertinggi di Queenstown, Ben Lomond, atau berjalan kaki sekitar laluan Frankton “Frankton Track”. Anda juga boleh menaiki kemudahan awam “Connect bus” untuk ke  “The Remarkable” untuk membeli belah. Berjalan kaki sekitar Lake Wakatipu atau barjalan kaki ke Queenstown Gardens. Aktiviti bebas bermalam Queenstown.

(lawatan tambahan pilihan : Milford Sound Coach & Cruise Tour – NZD125/pax)

HARI 7 (Queenstown – Alexandra – Dunedin)

Bertolak dari Queenstown dan menuju ke Alexandra, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam (100km). Lawatan sekitar Alexandra, Central Otago’s Business dan Capital. Bandar ini terletak diantara 2 sungai ya itu Manuherikia dan The Mighty Clutha. Clutha adalah merupakan tempat bagi melombong emas dan mempunyai empangan hidro. Anda juga berpeluan menikmati eateries, parks, artists’ studios, craft markets dan kemudahkan yang moden di Alexandra. Lawatan diteruskan ke Dunedin yang mengambil masa selama 3jam (200km). Bandar Dunedin adalah ke-2 terbesar bagi Selatan New Zealand selepas Christchurch, dan merupakan bandar utama bagi daerah Otago. Disini juga akan merasai pengalaman melalui jalan yang curam di jalan Baldwin. Aktiviti bebas bermalam Dunedin.

HARI 8 (Dunedin – Oamaru – Ashburton)

Aktiviti bebas disebelah pagi di sekitar bandar Dunedin. Anda berpeluang melakukan aktiviti Dunedin Cadbury World. (lawatan pilihan tidak termasuk dalam pakej). Perjalanan diteruskan ke Omaru yang mengambil masa lebih kurang 1jam30min (110km). Setiba di Omaru anda berpeluang melawat 2 koloni utama bagi penguin “Blue Penguin Colony”. Lawatan diteruskan ke Moeraki Boulders, keunikkan 2 batu besar yang terdapat sepanjang pantai Koekohe. Lawatan diteruskan ke Ashburn yang mengambil masa selama 1jam (70km) dan berhenti di bandar Timaru sebelum meneruskan perjalanan ke Ashburn. Aktiviti bebas bermalam Ashburton.

HARI 9 (Ashburton – Christchurch)

Aktiviti bebas disebelah pagi dan meneruskan lawatan ke Christchurch yang mengambil masa selama 1jam30min (100km). Setiba di Christchurch, lawatan sekitar bandar Christchurch dan melawat ke Canterbury Museum. Aktiviti bebas di bandar Christchurch sebelum menuju ke lapangan terbang bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Makan malam disediakan

HARI 10 (Christchurch – Singapore – Kuala Lumpur)

Berlepas dari lapangan terbang Christchurch dan transit die Sydney dan Singapore sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Senarai Harga

Dewasa Kanak-kanak Bayi
Harga RM8850 RM8850 RM1000
Harga 15 Terawal RM8580 RM8580 RM1000

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM3000 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk 30kg bagasi dan 7kg bagasi kabin seorang.
Penginapan menggunakan Motorhome untuk 6 orang.
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas pelancong
Diiringi oleh pemandu pelancong yang terlatih dan professional
Pengurusan VISA

Pakej Tidak Termasuk

Bayaran masuk selain daripada yang dinyatakan di dalam itinari
Perbelanjaan peribadi seperti makan, minum yang tidak dinyatakan dalam aturcara, saguhati, dobi dan lain-lain.
Insurans Etiqa takaful (Tambahan RM95/pax)
Urusan visa untuk peserta bukan warga Malaysia.
Caj tambahan untuk bagasi yang lebih muatan (Kapal terbang)
Lain-lain selain daripada yang dinyatakan di dalam itinari

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

Lawatan Christchurch & Queenstown
Penggunaan Hotel & Bas yang selesa
Melawat 2 Koloni Penguin (Blue Penguin Colony)

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Fendi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 0107625770

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan