6H4M Tokyo & Gunung Fuji

Pakej Tokyo Jepun menawarkan pengalaman unik meneroka keindahan Gunung Fuji, Oishi Park, dan Fujikawaguchiko, serta membeli-belah di Shibuya dan Asakusa. Peserta juga berpeluang menikmati halal wagyu percuma dan melawat Tokyo Camii Mosque. Tiada lawatan ke Disneyland kecuali pilihan tambahan.
Bermula RM6390/pax
  • 6H4M
  • Brunei Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – BRUNEI – NARITA (MDK/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan transit di Brunei sebelum meneruskan perjalanan ke Narita, Tokyo. Setibanya di Lapangan Terbang Narita, anda akan dibawa untuk makan malam di restoran halal berdekatan (jika waktu mengizinkan) sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Tokyo.

HARI 2: NARITA – TOKYO SHIBUYA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, kita akan memulakan lawatan meneroka kawasan Tokyo, bermula di DiverCity Tokyo Plaza dan bergambar di hadapan The Life-Sized Unicorn Gundam Statue. Seterusnya, nikmati pemandangan di Observation Deck Odaiba Seaside Park.
Berhenti untuk makan tengah hari di Sukiya Restaurant (menu halal). Selepas itu, lawatan diteruskan ke Tokyo Camii Mosque, singgah mengambil foto di Tokyo Tower, dan meneroka keunikan Meiji Jingu.
Pada waktu petang, kita akan menikmati makan malam di Bento/Gyumon Halal Ramen, Shibuya dan seterusnya bergerak ke hotel untuk daftar masuk. Bermalam di Tokyo.

HARI 3: TOKYO – FUJIKAWAGUCHIKO – TOKYO (SP/MT/MM)    

Sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk bertolak ke kawasan kaki Gunung Fuji. Lawatan dimulakan di Saiko Iyashi-no-Sato Nenba, sebuah perkampungan tradisional Jepun dengan pemandangan menakjubkan. Kemudian, singgah di kawasan Fujikawaguchiko dan sekitar Kawaguchi Sengen Park untuk menikmati keindahan panorama Gunung Fuji (bergantung pada keadaan cuaca).
Makan tengah hari di kafe/gerai halal yang disediakan (contoh: “Halal Food Cafe”). Perjalanan diteruskan ke beberapa tarikan berdekatan sekitar kawasan Fuji sebelum kembali semula ke Tokyo pada sebelah petang.
Makan malam di Bento/Gyumon Halal Ramen, Shibuya atau restoran halal setempat. Bermalam di Tokyo.

HARI 4: TOKYO – KAMAKURA – YOKOHAMA – TOKYO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Hari ini, kita akan meneroka kawasan bersejarah dan moden di sekitar Tokyo dan bandar-bandar sekitarnya. Lawatan bermula di Asakusa, singgah di Kaminarimon dan menyusuri Nakamise-dori Street untuk membeli cenderamata. Teruskan ke Sensoji Temple yang terkenal.
Seterusnya, bertolak ke Kamakura, meneroka kawasan Komachi-dori Street yang terkenal dengan pelbagai makanan jalanan. Makan tengah hari di restoran berkonsepkan halal (contohnya Gyumon Halal Ramen).
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Yokohama (jika masa mengizinkan), sebelum kembali semula ke Tokyo. Singgah di Shibuya Center Gai (kawasan membeli-belah dan tempat bergambar popular). Makan malam di Halal Wagyu Restaurant dan balik ke hotel. Bermalam di Tokyo.

HARI 5: FREE & EASY ATAU DISNEYLAND (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Hari ini adalah hari bebas untuk anda menerokai Tokyo mengikut citarasa sendiri – sama ada membeli-belah di sekitar bandar, mencuba makanan halal tempatan, atau melawati tempat-tempat menarik pilihan peribadi.
Pilihan Tambahan: Lawatan ke Tokyo Disneyland (tiket dan pengangkutan tidak termasuk jika pakej tidak dinyatakan).
Makan tengah hari dan makan malam adalah bebas (atau disediakan bergantung pada pakej). Bermalam di Tokyo.

HARI 6: NARITA – BRUNEI – KUALA LUMPUR (MDK)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Peserta akan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Narita untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, dengan transit di Brunei.

Termasuk:

  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi (langkap pergi balik).
  • Bagasi 20kg.
  • Hotel Tokyo/ Fuji: Apartment berkonsep studio (sesuai untuk keluarga) berserta sarapan pagi.
  • Lawatan seperti dalam ITINERARI termasuk:
    • Day trip Tokyo & Mt Fuji: Makan tengah hari disediakan.
    • Day trip Tokyo & Kamakura/Yokohama: Makan tengah hari disediakan.
  • Makan malam Wagyu Halal.
  • Pengangkutan (van/bas) persiaran berjadual.
  • Tiket masuk Taman Tema / Lawatan mengikut itinerari.
  • Tour Leader berpengalaman.
  • Tips Pemandu Pelancong.

Tidak Termasuk:

  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
  • Perbelanjaan dan tiket pilihan di Disneyland (jika tidak mengambil pakej lawatan). Entrances Only : RM550.
  • Caj makanan & minuman tambahan, laundry, dll

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan