Langkawi yang dikenali sebagai permata kedah adalah satu daerah yang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.Disebabkan langkawi tidak terkesan dengan monsun sepertimana di pulau lain seperti redang & mudah diakses dengan jalan darat serta penerbangan, langkawi menjadi pilihan utama untuk rakyat malaysia melancong untuk aktiviti yang melibatkan sukan pantai. Selain itu, pelbagai jenis resort dan restoren juga menjadikan langkawi destinasi yang berbaloi untuk dilawati.