Admin akan kongsikan tips sebelum anda balik baraya ke kampung masing-masing. Tips ini amat berguna tidak kira lah anda ingin menyembut perayaan apa sekali pum Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Jadi, mari kita tengok apa yang patut dilakukan sebelum bali ke kampung.
1. Periksa segala suis elektrik dan tong gas sebelum balik
Matikan suis elektrik di rumah. Periksa peralatan elektrik di rumah atau di pejabat anda. Pastikan suisnya sudah dimatikan dan plug dicabut dari soket. Jika anda mempunyai pemanas air di rumah, padamkan dahulu untuk mengelakkan airnya kering dan terbakar. Jika peti ais rumah anda tidak mempunyai makanan mentah atau basah, tutup suisnya untuk menjimatkan elektrik.
Tutup kepala tong gas. Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku.
2. Simpan semua barang berharga
Simpan barang berharga dengan baik. barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat. Pastikan rumah berkunci. Periksa kunci di pintu rumah, pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika anda pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, pastikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.
3. Pasang lampu rumah
Pasang lampu rumah. Jika anda mahukan keselamatan rumah yang terjamin, pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu matahari menyinar. Jadi orang yang lalu lalang di rumah anda akan fikir ada orang di rumah.
4. Servis kereta
Servis kenderaan. Periksa kondisi enjin kenderaan anda. Periksa tekanan dan bunga tayar, gas penyaman udara, pengelap cermin dan lampu berfungsi dengan baik. Periksa paras air bateri kereta dan paras minyak hitam enjin.
5. Packing pakaian dan barang keperluan.
Pakaian untuk bercuti. Balik kampung jangan lupa bawa pakaian terutamanya baju yang nak dipakai ketika sambutan raya nanti. Beli mahal-mahal sampai bersesak-sesak di Jakel, Jalan Tun Abdul Rahman dan butik Fareeda tapi lupa bawa balik memang haru. Tak dapatlah nak bergaya depan saudara-mara sambil sembang harga tudung dan jubah Leeyanarahman yang dibeli.
Pastikan anda melakukan kesemua perkara di atas sebelum balik beraya. Raya-raya juga keselamatan perlu di utamakan. Jadi lepas cuti raya bolehlah sambung cuti pergi travel ke luar negara pula. Jika anda ingin travel boleh membuat tempahan ke Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi kami di sini.