Pakej Percutian Bandung merupakan pakej pilihan pelancong malaysia. Bandung terletak di kawasan yang altitudnya tinggi. Cuaca dan suhu persekitaran agak sejuk dan nyaman iaitu 22-25 darjah celcius. Ini menjadikannya salah satu destinasi terbaik suhunya yang ala-ala eropah.
Antara tempat- tempat yang menarik adalah JI Riau atau JI Dago iaitu pusat membeli belah. Terdapat pelbagai barangan berkualiti seperti beg dan pakaian dengan harga yang murah. Selain itu, floating market,Kawah Putih,Gunung Tangkuban Perahu,situ patenggang dan Seri Alter Hot Spring merupakan destinasi wajib dikunjungi
Secara ringkas,Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Jika anda mencari pakej percutian muslim yang mengutamakan pengalaman menarik pelancongan pada harga yang bajet, melanconglah bersama Muslimtravelbug.