Pakej Percutian Gold Coast merupakan pakej kami yang terbaik untuk Australia. Gold Coast merupakan salah satu bandar di Australia yang terletak di bahagian Timur. Di malaysia, disebabkan promosi airasia.com, gold coast menjadi salah satu bandar terkenal antara rakyat malaysia. Bandar utama gold coast adalah Queensland.
Queensland merupakan bandar ke-3 terpadat selepas New South Wales dan Victoria.Ianya juga merupakan bandar ke-6 terbesar di Australia. Gold coast terkenal dengan syurga sukan luncur ombak, bangunan pencakar langit, taman tema dan aktiviti hutan yang unik serta menarik.Antara taman tema yang terkenal adalah Warner Bros Movie World, Dream World, Sea World dan Wet N Wild.
Selain itu,jika tema anda adalah shopping. Anda boleh mengunjungi Harbour Town yang mempunyai Outlet Berjenama yang menawarkan promosi sehingga 70%. Anda juga boleh bergerak ke Bandar Brisbane yang terletak lebih kurang satu jam perjalanan daripada Gold Coast. Sunshine Coast pula akan mengambil masa lebih kurang dua jam. Antara aktivit terkenal adalah lawatan ke Currumbin Wildlife Sanctuary, Infinity maze, melihat ikan paus,aktiviti hutan di Tambnorine Rainforest,pantai terutamanya di Surfers Paradise, Brisbane Greeter Tour dan pelbagai lagi aktivit menarik.
Jika anda mencari pakej percutian yang halal,khas untuk muslim dan pada harga yang bajet, bercutilah bersama Muslimtravelbug.