Pakej Percutian Guangzhou Shenzhen kami merupakan pakej gabungan antara lawatan ke Guanzhou dan Shenzhen.
Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai.
Guangzhou adalah pusat perdagangan utama dunia. Ramai ahli perniagaan dari seluruh dunia datang ke sini untuk berniaga dan mengambil terus harga borong dari China. Pusat utama perdagangannya adalah di Guangzhau. Disini hampir semua barang-barang dagangan utama dunia didagangkan secara borong dan murah. Barang-barang seperti pakaian, kasut dan aksesori, barangan kulit elektrik dan gajet, jam tangan, alatan rumah, alat-alat ganti dan lain-lain didagangkan secara pukal dan murah.
Shenzhen pula merupakan sebuah bandar yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun dahulunya hanya kota yang dikelilingi dengan hutan. Shenzhen kini semakin membangun memasuki usia 30 tahun sejak penubuhannya.
Kini daerah kecil itu telah menjadi antara kawasan tarikan utama pelancong yang melawat ke China. Shenzhen juga digelar sebagai Big Four iaitu kota ke empat yang tersenarai sebagai paling popular di China selepas Shanghai, Beijing dan Guangzhou.
Melangkah ke kota yang mempunyai populasi penduduk seramai sembilan juta, Shenzhen memang sebuah daerah yang indah untuk dikunjungi kerana keadaan muka buminya yang menghijau, sehingga digelar sebagai Kota Taman (Garden City) oleh penduduknya.
Jika anda mencari pakej percutian muslim yang mengutamakan pengalaman menarik pelancongan pada harga yang bajet, melanconglah bersama Muslimtravelbug.