Pakej percutian Jakarta adalah pakej yang sesuai bagi mereka yang ingin melihat tumpuan utama indonesia kerana ini merupakan bandar yang paling besar dan moden di indonesia
Jakarta merupakan ibu negara Indonesia dan merupakan salah satu wilayah yang terdapat di Indonesia.Jakarta terletak di bahagian barat laut, Pulau Jawa. Jakarta diduduki sekitar 23 juta orang, merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia.
Perkembangan ekonomi dan kemajuan teknologinya kian pesat membangun. Sebagai ibu negara Indonesia, bandaraya Jakarta pasti menjadi tumpuan para pelancong. Tidak kira sama ada dari Asia mahupun Eropah. Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Jakarta ini.
Antara tempat menarik di Jakarta adalah Menara monas,Taman Tema Ancol,Taman Mini Indonesia,Kota Tua,Pulau Seribu,Masjid Istqlal dan Tanah Abang. Tempat- tempat ini dikatakan menarik tarikan utama berdasarkan kajian selidik oleh badan petugas pelancongan indonesia. Sekiranya anda ke jakarta, pastikan anda turut melawat tempat-tempat ini.
Jika anda mencari pakej percutian muslim yang mengutamakan pengalaman menarik pelancongan pada harga yang bajet, melanconglah bersama Muslimtravelbug.