fbpx

Jogjakarta

Bermula RM1090
  • Bermula 2 peserta
  • Tanpa tiket penerbangan

Butiran Pakej Percutian

Pakej percutian Jogjakarta ini mula terkenal selepas filem ada apa dengan cinta 2. Kota Yogyakarta, juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang besar di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Selain itu, bandar raya ini adalah ibu kota Daerah Istimewa Yogyakarta yang dipimpin oleh Sri Sultan Hamengkubuwono X dan Pangeran Pakualam. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg.

Yogyakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini. Pelajar-pelajarnya berasal dari berbagai-bagai daerah di Indonesia. Institusi-institusi pendidikan tinggi yang dimiliki oleh kerajaan ialah Universiti Negeri Yogyakarta, Institut Seni Indonesia Yogyakarta, serta Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga.

Yogyakarta pernah menjadi pusat Kerajaan Mataram antara tahun-tahun 1575-1640. Sehingga sekarang, Kraton (Istana) masih berfungsi dalam erti yang sesungguhnya. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra.

Selain warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapi tampak sebagai latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta.

Jika anda mencari pakej percutian muslim yang mengutamakan pengalaman menarik pelancongan pada harga yang bajet, melanconglah bersama Muslimtravelbug.

3H2M Jogjakarta Tour

4H3M Jogjakarta Tour

Terma & Syarat

  • Booking Fees minima RM100/pax untuk Pakej Persendirian (Ground Arrangement – pakej tanpa tiket penerbangan).
  • Deposit termasuk tiket penerbangan akan dimaklumkan melalui email sekiranya anda ingin membuat tempahan termasuk tiket penerbangan.
  • Sila rujuk Syarat (Pakej Persendirian) untuk maklumat lanjut.
  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

    Cik Nuha

    Tour Operation Exec

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Booking Form

      Keluarga/KawanKorporatLawatan Pendidikan

      Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan