Pakej Percutian Padang Bukit Tinggi ini merupakan salah satu pakej terbaru kami.Padang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sumatra Barat, Indonesia. Bukit Tinggi pula merupakan salah satu kawasan kampung yang ada di bahagian Hilir daerah Sumatera Utara, Indonesia. Disebabkan jarak yang agak dekat, kebiasaanya pakej akan digabungkan untuk melawat kedua-dua tempat ini.
Untuk pakej ini, Terdapat lapangan terbang baru iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (PDG/WIPT). Padang terkenal dengan masakan Padangnya, seperti rendang, soto dan sate Padang, dengan Restoran Padang banyak terdapat di seluruh kota besar di Indonesia.
Padang juga dikenal dengan legenda Siti Nurbaya dan Malin Kundangnya. Di bukit Muara, terdapat kubur Siti Nurbaya dengan sebuah jambatan yang juga bernama Siti Nurbaya, manakala di pantai Air Manis terdapat batu Malin Kundang. Lokasi ini agak ramai dikunjungi terutama dari petang hingga malam hari.