Pakej Percutian Beijing merupakan salah satu pakej pilihan rakyat malaysia untuk melihat sendiri suasana sebenar di China. Beijing merupakan ibu negara china dan terletak di sebelah utara wilayah Heibei.Beijing padat dengan penduduk lebih kurnag 21 juta orang. Disini juga terletaknya pengangkutan moden seperti railway, expressway, highspeed train dan beijing capital international airport.
Suhu di beijing agak sejuk kerana bandar ini terletak di utara china. Musim sejuk di beijing adalah antara 3-6 bulan berbandung musim luruh dan musim bunga yang hanya 2 bulan sahaja. Ketika musim sejuk, angin bertiup kuat dan berpasir. Anda dinasihatkan menggunakan pakaian sesuai untuk cuaca di sini.
Antara tempat-tempat wajib dilawati antara The Forbidden City,Kota Tiananmen,Great Wall of China,Hutong,Niujie Mosque,Russian Market di Yabaolu dan summer place. Ada pelbagai lagi tempat-tempat lain yang menarik mengikut citarasa dan tema percutian anda.
Untuk pengetahuan anda, tembok besar china merupakan ikon negara china dan merupakan benteng pertahanan yang dibina untuk mengelakkan bandar ini daripada diceroboh. Terdapat pelbagai kisah menarik bagaimana tembok ini dibina dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebab itulah tembok besar china merupakan tempat wajib lawatan ke beijing.
Jika anda mencari pakej percutian muslim yang mengutamakan pengalaman menarik pelancongan pada harga yang bajet, melanconglah bersama Muslimtravelbug