skip to Main Content

Question and Answer (Q&A)

Pertama kali dengar tentang kami?

Muslimtravelbug Sdn Bhd adalah syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan kementerian pelancongan (KPL8549). Laman web Muslimtravelbug.com asalnya dibuat oleh En Sadam di Seoul,Korea ketika menjadi pelajar disana untuk memudahkan pelancong muslim yang memerlukan servis pemandu pelancong sejak 2013.

Pada bulan March 2016, muslimtravelbug.com telah dikoperatkan menjadi Muslimtravelbug Sdn Bhd untuk memenuhi permintaan pakej percutian muslim yang boleh dipercayai,harga dibawah pasaran dan fokus pada kualiti servis muslim.

Siapa Ahli Muslimtravelbug?

Ahli kami terdiri 4 orang bekas pelajar malaysia di korea. Di Malaysia pula, 9 orang team pengurusan kami adalah mereka yang pernah bekerja dengan syarikat pelancongan lain. Kami juga mempunyai ahli yang pernah bekerja dengan syarikat gergasi pelancongan malaysia dan mempunyai pengalaman 4 tahun dalam bidang ini.

Kesemua ahli kami pernah ke luar negara untuk merasai sendiri pengalaman sebagai pelancong. Kami tahu dan yakin apa yang terbaik untuk anda.

Apa waktu operasi pejabat?

Waktu operasi rasmi kami adalah Isnin-Jumaat (9.00 am- 5.30 pm). Sekiranya anda datang diluar waktu ini, anda boleh buat temujanji dengan mana-mana team kami. Kami akan uruskan perjumpaan diluar untuk anda.

Apa servis yang disediakan?

Asalnya kami menyediakan servis pelancongan Muslim ke korea. Tetapi bermula 2017, ahli kumpulan kami yang berpengalaman telah menyediakan pakej ke destinasi luar negara lain setaraf dengan pakej syarikat gergasi pelancongan lain.

Dan kami yakin, harga kami lebih baik daripada mereka.

Kami juga menyediakan servis tiket penerbangan, visa pelancong dan pakej dalam negara.

Boleh ke peserta non-muslim ikut?

Yes boleh! Konsep kami adalah mudah. Muslimtravelbug.com adalah laman web yang fokus pada pakej kualiti muslim untuk memudahkan pengurusan pelancong muslim. Kebanyakkan pakej kami adalah berdasarkan kualiti menyediakan tempat solat dan makanan halal.

Ketika pelancong muslim solat, anda boleh berjalan-jalan disekitar masjid.

Apa itu pakej fullboard dan pakej ground?

Secara mudah, Pakej Fullboard bermaksud pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan. Pakej Ground adalah pakej tanpa tiket penerbangan. Anda harus menguruskan tiket penerbangan anda sendiri.

Biasanya pakej ground adalah pilihan mereka yang telah berjaya dapatkan tiket penerbangan murah atau perlu bercuti pada tarikh spesifik.

Bagaimana saya nak tahu urusan ini selamat?

Muslimtravelbug Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar dengan SSM, MPSJ, Kementerian pelancongan, MATTA dan cukai GST. Kami telah mendapatkan lesen sebanyak yang boleh.

Anda juga boleh melihat senarai syarikat berdaftar di sini. Segala urusan bersama MTB hanya akan melalui akaun bank syarikat dan akan disertai dengan invois dan resit bayaran rasmi syarikat.

Kami rekomen anda rujuk rekomen daripada peserta-peserta kami di sini. 

Adakah harga dipamerkan telah termasuk tiket penerbangan?

Bergantung kepada Jenis pakej. Jika anda merujuk kepada PAKEJ BERKUMPULAN. Harga yang dipamerkan adalah termasuk tiket penerbangan.

Jika anda merujuk kepada PAKEJ PERSENDIRIAN, harga yang ditawarkan tidak termasuk tiket penerbangan.

Adakah bayaran kad kredit diterima?

Ya kami turut menerima bayaran kad kredit dengan cas tambahan 3% yang dikenakan oleh servis provider sistem kad kredit kami.

Bagaimanakan cara tempahan?

Anda boleh Periksa jenis pakej yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Setiap pakej mempunyai kelebihan tersendiri. Anda juga boleh pilih pakej ground,pakej fullboard ataupun mengikut ubahsuai (customized) anda.

Terdapat borang tempahan disetiap halaman pakej pelancongan kami. Anda hanya perlu isikan butiran yang kami perlu dan tunggu respond daripada kami. Pihak kami akan menghubungi anda jika terdapat persoalan lanjut.

Pihak kami akan memberi butiran lanjut dan lengkap seperti jadual penerbangan,harga pakej,jadual perjalanan dan lain-lain. Setiap tempahan yang dipersetujui akan disertakan dengan invois bayaran untuk memastikan anda jelas dengan setiap butiran tempahan yang anda bayar.

Bayaran deposit serendah RM100-RM500 mengikut jenis pakej akan diperlukan. Setiap bayaran hanya dibuat melalui kaedah selamat iaitu secara cash di pejabat kami ataupun melalui akaun bank syarikat rasmi kami iaitu:

Muslimtravelbug Sdn Bhd
Maybank 562807539914

Bukti bayaran perlu diserahkan melalui email di [email protected]

Adakah MTB menerima bayaran ansuran?

Kami turut menerima bayaran ansuran mengikut jenis pakej anda. Kebiasaanya bayaran ansuran meliputi 3-4 kali sebelum pelepasan dibuat. Sila rujuk dengan tour consultant kami untuk butiran lebih lanjut di 03 89575770.

Apakah terma dan syarat pembatalan pakej?

Terma dan syarat pembatalan adalah termasuk didalam polisi syarikat kami. Anda boleh rujuk dan klik link untuk butiran lebih lengkap.

Terma dan syarat [klik sini]