fbpx

Saksikan keindahan matahari terbit di Gunung Bromo

Muslimtravelbug July 2, 2018

GUNUNG BROMO merupakan salah sebuah pusat pelancongan utama di Indonesia. Gunung ini juga merupakan antara gunung berapi aktif di Indonesia, namun keindahan pemandangannya punca tinggi menjadi tarikan pelancong ke situ. Kedudukannya yang strategik di Jawa Timur, dikelilingi padang pasir seluas 5,300 hektar, menjadi lokasi wajib kunjung sekiranya anda melancong ke Surabaya. Jadi admin cuba ceritakan kepada anda perjalanan ke Gunung Bromo.

Perjalanan ke Gunung Bromo:

Gunung Bromo terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Untuk perjalanan ke atas gunung anda boleh menaiki kereta atau menyewa kuda. Dengan ketinggian puncak 2,780 meter dan sekitar suhu 9 Celcius, jadi admin cadangkan anda memakai pakaian yang tebal dan sesuai untuk hiking. Jadi setelah sampai di tempat parking kereta anda terpaksa mendaki kira-kira 1.5 kilometer untuk sampai ke puncak gunung Bromo.

Untuk melihat matahari terbit

Ramai ke sini semata-mata hendak melihat keindahan pemandangan matahari naik, di tengah-tengah cuacanya yang dingin, pada jam 5.45 hingga 6.30 pagi.

Keindahan luar biasa

Anda pasti tergamam bila melihat pemandangan di celah Gunung Semeru, kelihatan matahari bersinar terang naik ke atas langit. Admin janji ianya akan membuat anda tergamam seketika dengan kejadian ciptaan Allah SWT dan ianya menjadi peluang untuk anda merakam foto kenangan.

Melintasi ladang strawberi

Sepanjang perjalanan menaiki Gunung Bromo akan melalui ladang strawberi. Pelancong berpeluang memetik sendiri dari tangkai buah strawberi ini. Malah buah strawberi di Gunung Bromo berbeza dengan yang terdapat di daerah lain, bukan sahaja bersaiz besar, rasanya lebih manis dan warna juga merah menyala. Admin ada share video view gunung ini dari atas puncak lihat ↓.


Kesimpulannya, Gunung Bromo sesuai untuk pelancong yang sukakan aktiviti lasak. Jadi anda yang sukakan aktiviti mencabar boleh membuat persediaan untuk ke sana.

Teringin melancong ke Indonesia? Tiada travel agensi yang sesuai? Jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej istimewa kepada anda. Jika berminat boleh klik di sini.

Leave a Comment