fbpx

Saksikan sendiri keindahan kota Kashmir, India dengan bajet serendah RM2, 000

Muslimtravelbug June 7, 2018

Mungkin anda semua jarang dengar tentang negeri Kashmir, jadi admin hendak perkenalkan kepada anda apa yang menarik dan uniknya tentang negeri ini. Kashmir terletaknya di India dan tempatnya sering dijadikan tempat pengambaran filem Hindustan. Apa yang lebih menarik lagi tentang Kashmir pemandangan yang seakan-akan kita berada di London dan orang disana sangatlah friendly. Jadi admin nak konsingkan beberapa tips anda bila ke sana.

1. Intenarary sepanjang di Kashmir

Ini sekadar cadangan admin, jika anda di sana selama 4 hari admin cadangkan anda ke tempat-tempat ini. Admin yakin anda semua tidak akan menyesal bila berada di sana.

Day 1 – Delhi – Srinagar

Day 2 – Pahalgam (mini Swiss)

 

Day 3 – Sonamarg (Glacier)

Day 4 – Srinagar – Delhi

2. Tiket penerbangan dan VISA

KL – Delhi kami naik Malindo (RM 600 seorang/return). Kemudian ke Kashmir (Srinagar) dengan Indigo (RM 400 seorang/return). Anda boleh pilih Indigo sebab dah include luggage 15kg tapi kena tukar terminal. Selain itu, boleh tempah di  Air India, ada luggage & tak perlu tukar terminal.

Setelah  sampai Delhi pada waktu malam dan flight ke Srinagar pagi seterusnya boleh stay kat airport je. Ada banyak kerusi nak tidur (tak boleh baring) & tempat nak charge phone pun ada.

Jangan lupa buat visa India RM 180. Segala maklumat yang anda ingin kan ada di link ini: -> visa

3. Internet

Kalau nak ke Kashmir tidak perlu beli simkad bila sampai Delhi sebab sampai Kashmir simkad tu tak boleh guna pun. Cari accommodation yang ada wifi. Jangan lupa bawa adapter & extension untuk charging. Bawa extension sebab senang nak charge semua sekali.

4. Penginapan

Boathouse sangat terkenal di Kashmir. Jika anda ingin menginapan lebih murah boleh tinggal di kawasan Dal Lake. Harga penginapan  1200 rupees (RM 75) 3 malam untuk triple room & private bathroom. Untuk ke boathouse tu kena naik shikara (boat). Boleh book kat booking.com. Kekurangan boathouse yang kami stay ni limited electricity & hot water. Jikalau anda ingin merasakan duduk di atas boathouse boelh tinggal satu malam disana.

5. Pengangkutan

 

  • Airport transfer

Dari airport ke hotel boleh arrange siap-siap dengan pihak accommodation. Mereka akan tunggu dengan nama kat arrival. Anda akan dikena charge 1200 rupees (RM 75) return. Airport ke bandar dalam 40 minit.

  • Sekitar bandar

Untuk di sekitar bandar boleh naik tuk-tuk, 50 rupees (RM 3) per trip. Kalau jauh sikit dalam 10 km, 100 rupees (RM 6)

  • Sekitar Dal Lake

Untuk ulang-alik bandar ke boathouse naik shikara 50 rupees (RM 3) per trip. Untuk pusing Dal Lake semasa sunset, kami dapat harga 150 rupees (RM 9) untuk 2 jam

  • Pahalgam & Sonamarg

Untuk ke tempat yang jauh boleh ambil teksi dekat Tourist Taxi Stand (depan Dal Lake). Mereka dah letak harga tapi boleh runding lagi. Biasanya harga lebih kurang 1800 rupees (RM 110) per trip. Driver teksi akan merangkap tour guide sekali. Jadi banyak info pasal Kashmir dia cerita.

  • Kat Pahalgam & Sonamarg ni kena naik kuda. Harga dalam 850 – 1200 rupees (RM 52 – RM 75) seorang, tak termasuk tips.

6. Makan-makan

99% muslim jadi tak perlu risau makan. Macam-macam ada. Ada juga accommodation yang sediakan homemade food dengan bayaran tambahan. Nak jimat lagi bawa maggi & brahim, boleh masak kat boathouse.

Akhir kata, dari admin takkan anda tidak teringin ke sini merasai sendiri pengalaman macam dalam filem-filem Hindi tu. Harga kesemua tidak lebih dari RM3k termasuk tiket penerbangan. Apa tunggu lagi segera buat tempahan ke India.

Kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej kepada anda kemana sahaja anda ingin pergi. Jika berminat boleh hubungi kami di -> sini.

Leave a Comment