skip to Main Content
Syurga Membeli-belah Di Shenzen, China

Syurga membeli-belah di Shenzen, China

Shenzhen terletak di daerah perbatasan antara China dan Hong Kong. Shenzhen sebuah bandar yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun dahulunya hanya kota yang dikelilingi dengan hutan. Shenzhen kini semakin membangun memasuki usia 30 tahun sejak penubuhannya. Kini, Shenzen sudah menjadi sebuah bandar yang tarikan utama pelancong yang melawat ke China.

Kenali Sehnzen:

Shenzhen juga digelar sebagai Big Four iaitu kota ke empat yang tersenarai sebagai paling popular di China selepas Shanghai, Beijing dan Guangzhou.

Melangkah ke kota yang mempunyai populasi penduduk seramai sembilan juta, Shenzhen memang sebuah daerah yang indah untuk dikunjungi kerana keadaan muka buminya yang menghijau, sehingga digelar sebagai Kota Taman (Garden City) oleh penduduknya.

Menggunakan mata wang Yuan, Renminbi dan Dollar Amerika Syarikat dalam urusan jual belinya, Shenzhen mempunyai keunikan tersendiri dengan beberapa tempat tumpuan beli-belah pada harga yang murah dan destinasi tarikan pelancong yang harus dikunjungi.


Tempat yang menarik patut anda kunjungi setelah tibanya di Shenzhen ialah Dong Man Market atau lebih dikenali sebagai pasar malam
oleh kebanyakan penduduk di sini. Pasar Dong Man yang beroperasi dari pagi sehingga lewat malam, begitu meriah dengan deretan gerai kecil yang menawarkan pelbagai jenis barangan yang murah. Selain itu, terdapat juga deretan kedai yang menjual barangan mewah di kawasan tumpuan pelancong tersebut. Antara barangan yang dijual di sini adalah perhiasan rumah dan pakaian. Namun begitu, anda mungkin mendapat masalah dari segi komunikasi  kerana hampir 90 peratus penduduk di sini tidak tahu berbahasa Inggeris dan hanya menggunakan bahasa Mandarin untuk berinteraksi.

Tempat yang menarik yang kedua ialah Muzium Mineral. Difahamkan setiap pelancong yang berkunjung ke sini, wajib melawat tempat ini sebagai satu usaha memperkenalkan produk ekonomi utama yang dijalankan di Shenzhen. Di Muzium Mineral ini terdapat tiga bahagian yang harus dilawati iaitu bahagian jualan dan pameran batu jed, sutera dan ginseng.

Bagi yang muslim anda tidak perlu risau kerana terdapat Masjid Shang Mei Lin untuk menunaikan solat. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Shenzhen yang terletak di kawasan Futian. Masjid ini menjadi pusat melakukan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan bagi penduduk Islam di sini yang keseluruhan berjumlah 15,000 orang.

Seterusnya, anda boleh menjamu selera di di Restoran Muslim Guang Zhou Yue. Restoran ini sangat popular dan selamat untuk anda kunjungi kerana mereka menghidangkan makanan halal.

Window of the World merupakan pusat pelancongan yang wajib dikunjungi ketika melancong ke Shenzhen. Pada keluasan 278 meter persegi, kawasan ini mempunyai lima pusat utama yang menempatkan pelbagai jenis replika bangunan dan keajaiban dunia. Kawasan ini dibahagikan kepada lima benua iaitu, Eropah, Asia, Australia, Afrika dan Amerika. Pelancong tidak melepaskan peluang merakam memori indah dengan replika-replika popular di dunia seperti Piramid Giza, The Temple Of Zeus, Air Terjun Victoria dan Menara Eiffel.

Rugilah sekiranya anda melancong ke China tetapi tidak jejakan kaki ke Shenzhen. Jadi jika anda berminat untuk melancong ke Shenzhen, jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej murah kepada anda. jika anda berminat sila KLIK DISINI.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.