fbpx

Tak sampai RM1,000 anda boleh mengelilingi sekitar Pulau Jawa dalam tempoh 5 hari

Muslimtravelbug May 31, 2018

Dengan bajet tidak sampai RM1,000 anda boleh melawati ke Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya dan Bromo selama 5 hari 4 malam. Admin akan kongsikan itinerary berjalan kepada anda.

Pada hari pertama: Jakarta

Setelah sampai ke Jakarta anda boleh “check in” hotel cari-cari jer mana-mana kebanyakan harga hotel di situ murah sahaja. Setelah “check in” hotel anda boleh teru ke National Monument (Monas) untuk melihat keunikan menara ini. Menara ini menjadi lambang kebanggaan orang Indonesia.

Setelah menerokai keunikan menara ini, kita boleh ke Mangga Dua ITC untuk membeli belah. Di complex ini ada jual pelbagai barangan untuk dijadikan sagu hati kepada rakan-rakan di Malaysia.

Hari kedua: Bandung

Boleh terus “check out” hotel dan terus Bandung (perjalanan dalam 3 jam dari Jakarta). Bila sampai ke Bandung anda boleh terus ke Tangkuban Perahu. Di sini terdapatnya kedai-kedai yang berniaga di atas sampan. Anda boleh memilih pelbagai makanan Indonesia ada jual.

Selepas ke Tangkuban Perahu anda boleh ke Kebun teh untuk nikmati pemandangan kehijauan. Dari hasil kebun teh ini mereka membuat proses air teh botol jenama Sosrol.

Hari ketiga: Jogjakarta

Pada hari ketiga anda terus ke Jogjakarta dengan menaiki kereta api dalam (8 jam), kiranya terus bermalam dalam kereta api. Setelah sampai ke Jogjakarta anda boleh ke Candi Borobudur untuk melihat sejarah teragung Indonesia. Setelah puas menerokai Candi Borobudur anda boleh terus ke Malioboro street food untuk menikmati hidangan lazat dari Indonesia. Pada malam harinya anda boleh terus menaiki train ke Surabaya.

Hari keempat: Surabaya

Sampai sahaja di Surabaya anda boleh menaiki bas untuk ke Gunung Bromo terletak di Kota Malang. Pemandangan sangat cantik kerana gunung Bromo merupakan gunung berapi yang tidak aktif. Jika anda ke Surabaya memang wajib ke Gunung Bromo.

Hari kelima: Bromo

Sampai sahaja di sini anda boleh terus ke Pasir Berbisik untuk menikmati pemandangan seakan-akan berada di padang pasir.  Keunikan tempat ini sehingga rakyat Indonesia mencipta Filem untuk mengenang sejarah tercetusnya nama “Pasir Berbisik”.

Sampai di sini sahaja admin share mengenai itinerary ke Indonesia. Harap maklumat ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda tidak suka travel sendiri dan memerlukan agensi pelancongan anda boleh membuat tempahan di Muslimtravelbug. kami ada menyediakan pakej ke Indonesia dengan harga sangat murah. Jika berminat boleh hubungi kami Muslimtravelbug.

 

 

 

Leave a Comment