Gunung Tai Mo Shan Country Park Visitor Centre terletak di Hong Kong dengan ketinggiannya 957 meter (kira-kira 5km). Tai Mo Shan di Tsuen Wan District adalah puncak tertinggi di Hong Kong yang masih dapat dilihat dari banyak kawasan di bandar raya ini. Sekiranya, anda ingin memanjatnya lebih kurang mengambil masa selama 2 jam sehala. Jadi admin akan “share” tips untuk anda mencapai puncak gunung Tai Mo Shan.
Cara untuk ke Tai Mo Shan: Dari MTR Tsuen Wan Station, ambil Exit A dan cari tangga menuju ke hentian bas Tai Ho Road North (di atas stesen). Naik bas 51 ke Country Park dan berhenti di Route Twisk, kemudian jalan kaki menyusuri Tai Mo Shan Road.
Tai Mo Shan Country Park Visitor Centre
Tempat bermula – Selepas anda bermula dengan melintasi Tai Mo Shan Road dan Route Twisk, anda akan sampai ke Visitor Centre yang berada di sebelah kiri anda. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Tai Mo Shan Country Park dan perubahan cuaca dari perspektif tempatan dan global melalui panel-panel interaktif di sana. Anda juga boleh membeli makanan dan minuman di kiosk yang terletak di tempat letak kereta Tai Mo Shan Country Park sebelum memulakan perjalanan.
Tai Mo Shan Lookout
Hentian pertama – Teruskan berjalan menaiki bukit di Tai Mo Shan Road dan anda akan dapat melihat pemandangan tepi bukit dan bandar raya ini. Nikmati keindahan Kam Tin dan Yuen Long dari menara tinjau yang terletak sebelum tiang kawalan trafik. Pastikan anda peka terhadap kenderaan yang lalu-lalang di jalan yang berhampiran.
Tai Mo Shan Road
Hentian kedua – Kawasan yang berbelok-belok di Tai Mo Shan Road yang juga merupakan sebahagian daripada MacLehose Trail Stage 8, akan membawa anda menuju ke puncak gunung ini. Pada ketinggian ini, anda akan dapat menikmati pemandangan indah di tempat-tempat yang jauh dan dekat, dan mungkin juga akan bertembung dengan lembu-lembu liar semasa dalam perjalanan.
Weather Radar Station
Tempat berakhir – Tanpa halangan dari semua arah, stesen cuaca Hong Kong Observatory di puncak Tai Mo Shan ini mengumpul data yang diperolehi dari imej-imej radar dan mengukur kelajuan angin pada ketinggian yang berbeza di Hong Kong. Dari lokasi ini, tanpa memasuki kawasan stesen cuaca, anda boleh kembali ke stesen bas Country Park di Route Twisk untuk menaiki bas 51 ke MTR Tsuen Wan Station di mana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pengangkutan untuk menerokai bandar raya ini.
Kesimpulannya, gunung Tai Mo Shan boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki. Admin yakin anda akan teruja menyaksikan keindahan dan kehijauan alam yang pasti akan menghasilkan gambar-gambar yang cantik. Oleh itu, segera membuat tempahan ke Hong Kong untuk menyaksikan sendiri keindahan gunung ini.
Anda memerlukan travel agensi untuk menikmati percutian anda pada musim cuti nanti? Jangan risau kami Muslimtravelibug ada menyediakan pakej istimewa kepada anda, jika berminat sila Whatsapp di nombor ini KLIK DISINI.