Sebut sahaja Pasar Ben Thanh sememang sudah diketahui umum ianya merupakan satu pusat beli belah terbesar di Ho Chi Minh, Vietnam. Pasar ini lebih dikenali sebagai lokasi syurga membeli belah dalam kalangan pelancong yang pernah menjejak kaki di Ho Chi Minh. Kebiasaannya, mereka lebih mengemari berbelanja di Pasar Ben Thanh berbanding di ”mall” kerana harga barangan di sana sangat-sangat la murah dan amat berpatutan.
Apa yang istimewa sangat dengan Pasar Ben Thanh adalah:
- Harga tekstil dan fabrik yang sangat murah berbanding harga di Malaysia, antara jenis kain yang sering mendapat sambutan ialah English Cotton, Vietnam Cotton, Japanese Silk, kain satin, kain lace bermanik, kain lace berlabuci, kain viscose dan lain-lain lagi.
- Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai barangan istimewa seperti baju kurung, jubah, blaus, t-shirt, beg tangan, telekung, peralatan perhiasan rumah, kraftangan dan terdapat juga serbuk kopi Vietnam yang terkenal. Namun anda perlu berhati-hati kerana sebelum ini terdapat berita tentang Kopi Vietnam Palsu.
- Yang paling menarik adalah perniaga yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, ini secara tak lansung memudahkan lagi pelancong Malaysia membuat tawar menawar, jika anda bijak menawar harga yang ditawarkan potongan harga sehingga 50% adalah perkara biasa.
- Pelancong juga boleh menggunakan wang Ringgit Malaysia (RM), US Dollar dan Vietnam Dong. Kebanyakkan kedai masih menerima Ringgit Malaysia kerana nilai wangnya yang tinggi dan mudah ditukar di negara ini.
- Ketika lapar, anda juga boleh mencuba makanan “street food” yang menjual pelbagai jenis makanan seperti Pho Daging, Popia Vietnam, mee vegetarian, pancake beras dan pelbagai jenis makanan lagi. Untuk pelancong muslim, anda perlu berhati-hati dan bertanya dahulu status makanan yang halal ataupun tidak. Namun jangan risau, dikawasan ini juga terdapat restoren-restoren halal untuk memudahkan pelancong muslim.
Keadaan di pasar Ben Thanh pada waktu malam. Credit kepada gambar Elenacid
Pasar Ben Thanh juga dikategorikan tempat lawatan wajib pergi jika anda melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam. Terdapat pelbagai hotel berdekat Pasar ini namun perlu diingat agar berhati-hati ketika berada dikawasan pasar ini kerana terdapat laporan aktivti kecurian dompet dan beg dikawasan ini.
Jika anda merancang untuk bercuti ke Ho Chi Minh, pastikan anda membaca info-info di laman kami untuk pengalaman yang lebih baik. Sekiranya anda memerlukan pakej, anda boleh rujuk pakej percutian ho chi minh di portal kami untuk butiran lebih lanjut