skip to Main Content

Tentang Kami

Muslimtravelbug.com diasaskan pada tahun 2012 di Seoul, Korea Selatan sebagai laman web pengurusan pemandu pelancong malaysia di Korea oleh En Mohd Saddam Irrban. Pada tahun 2016, kami kembali ke malaysia dan menubuhkan syarikat Muslimtravelbug Sdn Bhd (1186376-T). Muslimtravelbug Sdn Bhd telah didaftarkan dibawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dibawah lesen (KKKP no 8549).

Syarikat Muslimtravelbug Sdn Bhd terletak di Seri Kembangan Selangor dan menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam negara, luar negara, tiket penerbangan, tempahan hotel dan juga pengurusan VISA. Muslimtravelbug juga merupakan pakar dalam mengurusan ke Korea dan mempunyai pelepasan ke Korea hampir setiap bulan.

Muslimtravelbug mempunyai rakan kongsi yang dipercayai disetiap negara dan bersama syarikat penerbangan terutamanya Airasia Berhad. Dengan hubungan yang baik, kami dapat memastikan pelanggan kami dapat menikmati pakej pelancongan dengan kualiti dan harga yang lebih baik daripada lain.

Menjadi salah satu syarikat yang telah menghantar lebih 8000 pelanggan, kami telah menerima reputasi yang baik dalam kalangan agensi pelancongan lain. Kebolehan ahli syarikat yang berpengalaman luas juga memudahkan pelanggan dalam pengurusan memilihan pakej pelancongan.

Kekuatan kami terletak pada servis kualiti muslim, memastikan tiada harga tersembunyi dalam pakej, memastikan harga pakej sentiasa dibawah harga pasaran dan menyediakan servis khidmat pelanggan yang pantas serta mudah.

Servis syarikat :

 

  • Tiket Penerbangan
  • Pelancongan dalam negara
  • Pelancongan luar negara
  • Pengurusan VISA
  • Pelancongan Korporat (Incentive group)
  • Pengurusan Pakej Persendirian (Ground Handling Arrangement)