HONG KONG sememangnya terkenal dengan tempat yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan lampu-lampu neon di bandar raya. Sudah semestinya anda tidak pernah terfikir bahawa negara Hong Kong mempunyai destinasi yang membolehkan anda melakukan aktiviti lasak. Sebenarnya Hong Kong ada kawasan gunung-ganang dan persisiran pantai yang indah dan menarik untuk pelancong.
Anda akan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke puncak, kira-kira jarak 9 km. Untuk sampai ke puncak anda akan menemui lima perhentian.
Sunset Peak
Cara untuk ke Pak Kung Au: Dari MTR Tung Chung Station, ambil Exit B. Naik bas 3M, 11 atau 23 di Tung Chung Bus Terminus dan turun di Pak Kung Au.
Pak Kung Au:
Tempat bermula – Pendakian anda bermula di laluan di antara Lantau Peak dan Sunset Peak. Dari sini, anda dapat menikmati keindahan Tung Chung ke arah utara dan pesisir pantai Cheung Sha ke arah selatan. Apabila sudah bersedia untuk mendaki, cari petunjuk arah ke Lantau Trail Stage 2 di kawasan perkelahan.
Lantau Trail :
Hentian pertama – Ini adalah satu-satunya laluan mendaki bukit dengan jarak melebihi 450 meter – pendakian yang mencabar tetapi sangat berbaloi dan kebanyakan laluannya teduh. Apabila sampai ke altitud yang lebih tinggi, pokok-pokok tinggi akan digantikan dengan pokok-pokok renek dan rumput yang tinggi, memberikan pemandangan yang terbuka ke semua arah. Ia sememangnya pilihan yang terbaik untuk mendekati alam semula jadi.
Sunset Peak & Yi Tung Shan:
Hentian kedua -. Apabila sampai ke rabung di antara Sunset Peak dan puncak Yi Tung Shan, keindahan sinaran matahari, awan dan rumput silvergrass pasti memukau pandangan anda. Pada musim sejuk, rumput silvergrass akan bertukar warna keemasan, menerangi cerun-cerun di sekelilingnya.
Nam Shan:
Hentian ketiga/ Tempat keluar – Teruskan pendakian ke Lantau Trail Stage 2 dan turun ke Nam Shan, dan jalan dengan berhati-hati di atas batu-batuan. Jika anda ingin menamatkan pendakian di sini, anda boleh menaiki bas 1, 2, 3M atau 4 ke Mui Wo, atau 3M ke MTR Tung Chung Station, di hentian bas di South Lantau Road.
Luk Tei Tong Watch Tower & Mui Wo:
Hentian keempat – Jika ingin meneruskan pendakian, masuk ke laluan perkampungan di antara Nam Shan dan Mui Wo. Jalan selama 20 minit dan anda akan dapat melihat sebuah menara jam yang diperbuat daripada granit yang kukuh – ia telah dibina oleh penduduk kampung untuk melindunginya dari penjahat dan lanun.
Silver Mine Bay:
Tempat berakhir – Selepas menjamu selera dan menambah tenaga, teruskan perjalanan anda ke laluan tepi pantai untuk berenang di pantai yang indah.
PEMANDANGAN langit yang dihiasi bintang dan lautan awan yang sungguh menakjubkan dari ketinggian 869 meter di Sunset Peak, puncak ketiga tertinggi di Hong Kong. Kesimpulannya, anda patut menjejakan kaki ke Hong Kong untuk melihat sendiri keindahan Sunset Peak.
Jika anda ingin ke Hong Kong dengan menggunakan travel agensi boleh membuat tempahan dengan kami Muslimtravelbug. Apa tunggu lagi segera hubungi dengan cara KLIK DISINI.