KOTOR merupakan sebuah kota yang terletak berhampiran pelabuhan di dalam wilayah Eropah Tenggara atau lebih dikenali sebagai Balkan. Kotor sangat popular dalam kalangan pelancong kerana memiliki pemandangan bandar yang sangat cantik. Bukan itu sahaja, bandar ini juga terkenal dengan penduduk tempatan yang ramah. Mungkin kebanyakan orang kita jarang mendengar atau langsung tidak mengetahui bandar yang terletak di Montenegro ini. Jadi admin akan mencerita tentang keistimewaan Kotor dan apa aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sepanjang berada di sana.
Latar belakang Kotor: Bandar lama ini yang masih tersergam indah meninggalkan sejarah tersendiri dan diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Perjalanan ke Kotor:
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubrovnik, Croatia atau Sarajevo, Bosnia sebelum meneruskan perjalanan ke Kotor.
Perjalanan menaiki bas dari Dubrovnik menaiki bas ke Kotor, Montenegro dengan kadar STG18 (RM90). Perjalanan selama dua jam 30 minit menaiki bas dari Dubrovnik, Croatia ke Kotor, Montengero tidak begitu terasa. Setelah tibanya anda di sana, anda boleh menginap di dalam kawasan Old Town, Kotor.
Kadar penginapan dua malam di Kotor, Montenegro dua bilik (triple room) adalah STG180/6 hingga STG30 seorang (Penginapan ditempah menerusi aplikasi Booking.com.)
Dari Old Town Kotor, pelancong boleh ke Albania dengan menempah perkhidmatan ‘shuttle’ bas.
Aktiviti sepanjang di Kotor:
Mendaki merupakan aktiviti utama bila anda berada di sana. Di Kotor sememang terkenal kawasan tanah tinggi jadi untuk melihat keindahan bandar ini anda terpaksa berkorban sedikit tenaga. Memang tidak masuk akal jika anda terpaksa memanjat 1,350 anak tangga untuk sampai ke puncak Istana San Giovanni tetapi setelah sampai ke puncak perasaan penat dapat di gantikan dengan melihat keindahan pemandangan di atas sana. Percayalah pendakian ini sangat berbaloi.
Untuk naik ke puncak Istana San Giovanni terdapat dua laluan. Pertama, laluan menggunakan jalan biasa dengan pendakian lebih mencabar. Kaedah ini lazimnya dilakukan pelancong asing. Kedua, laluan pendakian melalui tepi lereng bukit. Laluan ini lebih mudah dan tidak memenatkan berbanding mendaki 1,350 anak tangga.
Kawasan lereng bukit ini selamat digunakan, namun tidak ramai pelancong menggunakannya kerana kurang maklumat mengenai kewujudannya. Persediaan rapi dibuat sebelum mendaki seperti membawa air, buah-buahan, makanan ringan dan ubat sebagai persiapan awal jika berhadapan saat kecemasan.
Mendaki dimulakan pada awal pagi dan mengambil masa di antara satu jam 30 minit hingga dua jam. Tempoh pendakian pula bergantung kepada stamina individu. Treknya pula tidak sukar mana dan sesuai untuk pelancong melakukannya secara santai.
Sepanjang pendakian anda berpeluang menyaksikan keindahan pemandangan sekitar, selain melihat rumah penduduk yang dibina di lereng bukit bersama haiwan peliharaan seperti keldai. Pemandangan memukau dan menakjubkan Teluk Kotor dari puncak Istana San Giovanni sangat berbaloi.
Kesimpulannya, Kotor merupakan permata bagi Balkan kerana ianya dapat menarik jutaan pelancong ke sana pada setiap tahun. Admin berani menyatakan bahawa memang rugi jika anda tidak ke sana. Pastikan anda telah mencatat Kotor sebagai tempat wajib di kunjungi.
Jika anda masih mencari travel agensi dan tidak tahu bagaimana memulakan percutian! Jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan harga dan pakej menarik kepada anda. Jika berminat boleh hubungi kami di KLIK SINI.