Jika anda suka travel dan terokai keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan mungkin anda dapat melihat pelbagai keunikan yang sangat mengagumkan. Begitu juga dengan keunikan Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo yang terletak di daerah Waikato, New Zealand di dalamnya terdapat spesis ulat yang bercahaya dan sangatlah unik dan ianya telah wujud sejak 30 tahun dahulu.
Cacing bercahaya ini adalah spesis larva gnat yang dipanggil Arachnocampa luminosa dan besarnya kira-kira ukuran seekor nyamuk. Cahaya yang dihasilkan daripada ekor cacing glow terhasil daripada bioluminesin iaitu bahan kimia yang bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan cahaya. Cacing glow ini melekat di bumbung gua dan anda dapat merasakan seakan-akan melihat bintang-bintang berkelipan di langit.
Terdapat sebatang sungai yang membolehkan pelancong menerokai kawasan gua dengan menaiki perahu yang disediakan. Kebiasaannya, sebelum masuk anda akan diberikan taklimat oleh “tour guide” yang bertugas. Oleh sebab itu, bagi anda yang suka keunikan mungkin boleh berkunjung ke Gua Waitomo.
Keunikan cacing bercahaya dalam Gua Waitomo adalah satu-satunya di dunia. Oleh itu, jika anda merancang percutian ke New Zealand, segera masukkan Waitomo ke dalam senarai destinasi anda!
Untuk mendapatkan pakej menarik ke New Zealand boleh klik di
>https://muslimtravelbug.com/pakej-percutian/pakej-ke-new-zealand/