fbpx

Terokai keunikan Pulau Unicorn di Filipina

Muslimtravelbug July 9, 2018

Pulau Unicorn atau juga dikenali sebagai “Inflateble Island” merupakan salah satu pusat pelancongan utama di Filipina. Selain itu, pulau ini juga turut menjadi salah satu destinasi perjalanan kegemaran bagi yang berkeluarga, malah banyak aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dilakukan dengan keluarga atau pasangan anda. Admin masukan gambar di bawah.↓

 

Pulau ini juga merupakan taman permainan terbesar di rantau ASIA, dengan keluasan kawasan 3,400 m². Antara aktivti yang ada di pulau ini adalah:

Sprinkle (Whole Day on the Beach)

One hour pass = P499 (RM 38)

  • 8:00-9:00 AM, 9:00-10:00 AM, 10:00-11:00 AM and so forth till 6:00 PM

Splash (whole day on the beach)

2 hours pass

  • 8:00-9:50 AM, 10:00-11:50 AM, 12:00-1:50 PM, 2:00-3:50 PM, 4:00-5:50 PM

Spray Half day pass

  • 8:00-11:50 AM, 2:00-5:50 PM

Soaked All day pass

  • 8:00 AM-5:50 PM

Sebarang maklumat detail anda boleh dapatkan di sini : https://www.theinflatableisland.com/


Selepas penat bermain, anda boleh pergi ke Pink Bali Lounge untuk berehat sambil menikmati makanan dan minuman. Pemandangan tepi pantai dengan payung-payung kafe hiasan yang berwarna-warni di tepi pantai,  Pink Bali Lounge di penuhi dengan warna merah jambu dan ungu.

Bagi mereka yang ingin bercuti dengan anak-anak, pastikan mereka mempunyai ketinggian minimum 90cm, kerana tahap kedalaman di bawah Pulau Unicorn mencapai hampir setengah meter. Untuk keselamatan pelawat mesti memakai pelapung atau jaket keselamatan yang disyorkan untuk berenang. Pulau ini sangat mengutamakan keselamatan pelawat.

Jadi apa tunggu lagi segera buat tempahan untuk melancong ke Fillipina, rugi kalau anda tidak saksikan sendiri pulau ini. Jika anda ingin melancong ke luar negara dan masih tercari-cari agensi pelancongan boleh hubungi kami Muslimtravelbug dengan cara KLIK DISINI.

Leave a Comment