skip to Main Content
Terokai Tempat-tempat Menarik Di PERTH

Terokai tempat-tempat menarik di PERTH

Perth merupakan sebuah ibu kota Australia Barat yang terkenal dengan tempat pelancongan. Namun, disebalik kota yang gah terdapat sesuatu yang tidak sering diwar-warkan oleh ramai orang tetapi keindahannya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu, saya mensyorkan beberapa destinasi yang amat menarik khas untuk anda yang suka travel ke luar negara.

 1. Rockingham Dolphins

Bagi pecinta  ikan lumba-lumba atau dolphin anda boleh menyaksikan ikan tersebut secara “live” dan berpeluang berenang serta menyelam bersama ikan-ikan tersebut. Sekiranya, anda pernah ke ditempat lain yang ada waktu-waktu khas untuk melihat dolphin tetapi berbeza dengan di Rockingham anda dijamin dapat melihat setiap masa tidak kira waktu malah boleh melihat dengan jarak yang dekat lagi. Sekiranya, anda tidak suka berenang, anda boleh menaiki bot yang disediakan untuk menyaksikan dolphin secara dekat. Dolphin akan menghampiri bot anda kerana ianya sangatlah jinak.

2. Kings Park

 

Taman Kings Park merupakan taman yang terbesar di dunia. Taman ini adalah gabungan daripada taman berumput, taman botani dan hutan belukar semula jadi di Gunung Eliza. Kings Park menjanjikan pemandangan menarik untuk para pengunjung kerana ia menghadap ke pusat bandar dan juga Sungai Swan (Swan River). Ia juga merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada 300 jenis tumbuhan asli dan 80 spesies burung.

3. Adventure Park

Adventure Park merupakan taman tema yang boleh anda bercuti bersama keluarga. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Taman Air, Taman Advance Land dan Ice Skating.

Antara tarikan yang ada di sini adalah gelongsor Tornado yang merupakan yang terpanjang dan tercuram di taman tema ini, Kahuna Falls iaitu taman permainan air yang terbesar di Australia dan banyak lagi yang mesti anda sekeluarga rasai. Kalau tak ke Adventure World, apalah makna percutian anda di Australia.

4. Perth Zoo

Perth Zoo berkeluasan 41 ekar dan telah lama dibuka pada 1898. Terdapat 1250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesis yang berbeza. Zoo ini terbahagi kepada 3 zon yang berbeza iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest. Kebiasaannya, pihak zoo akan mengadakan pameran mini untuk mempamerkan burung-burung dari selatan Amerika, kura-kura Galapagos dan pelbagai hidupan yang unik lagi.

Map untuk tinjuan kawasan dalam Zoo Perth:

5. Perth Hills

Perth Hills merupakan kawasan perkampungan yang terletak di timur Perth. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik apabila berkunjung ke sana. Antara aktiviti yang menarik dilakukan di Perth Hills adalah berkelah di Lake Leschenaultia, petik buah epal, melawat taman negara dan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

6. Cottesloe Beach

Pantai ini merupakan antara tempat bermandi-manda, bersnorkeling dan meluncur ombak yang terkenal di Perth. Bukan itu sahaja, sekiranya anda datang ke pantai ini pada bulan Mac, anda dapat melihat pameran percuma Sculpture by the Sea. Selain itu, di bawah pokok-pokok Norfolk Pine yang terdapat di pesisiran pantai ini pula boleh menjadi port yang best untuk anda berkelah bersama keluarga sambil melihat pemandangan indah lautan Hindi.

Apa tunggu lagi masukan Perth dalam  box travel anda sebagai  tempat lawatan wajib pergi jika anda melancong ke Australia. Bukan itu sahaja malah makanan halal juga senang didapati di Perth

Jika anda merancang untuk bercuti ke Perth, pastikan anda membaca info-info di laman kami untuk pengalaman yang lebih baik. Sekiranya anda memerlukan pakej, anda boleh rujuk pakej percutian ke Perth di portal kami untuk butiran lebih lanjut.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.