fbpx

Tips jimat melancong ke Korea

Muslimtravelbug May 18, 2018

Anda rasa boleh tak pergi ke Korea dengan bajet yang ciput? atau lama dah teringin nak pergi ke Korea tapi tak de bajet. Jangan risau admin akan kongsikan tips jimat melancong ke Korea yang boleh anda gunakan untuk travel ke Korea. So, tak perlulah anda menghabiskan duit yang banyak untuk melihat sendiri keindahan bumi Korea.

1. TRANSPORT DI KOREA

 

Bajet transport murah memang sudah menjadi buah mulut orang yang telah melawat negara Korea. Sistem pengangkutan kereta api bawah tanah yang ada di bandar besar seperti Seoul, Busan, Daegu dan lain-lain hanya  bayaran sebanyak RM4.70.

Selain itu,  pengangkutan bagi penduduk di luar bandar turut disediakan iaitu menggunakan bas awam membolehkan kemana sahaja anda ingin pergi. Anda perlu membeli kad T-Money untuk menaiki bas dapatlah diskaun 100 won setiap kali guna. Anda juga boleh menggunakan Daum Maps untuk melihat destinasi yang ingin dituju dengan lebih cepat. So anda tidak perlu menaiki teksi atau grab kerana cas bayaran yang dikenakan sangat mahal ada yang sampai 2 kali ganda dari harga tambang bas.

2. PENGINAPAN

Penginapan Love Motel sesuai untuk anda yang nak jimat bajet. Hotel ini memang tidak terkenal tetapi kebersihan dan keselesaan hotel memang gred A. Hotel ini juga berada berdekatan dengan terminal bas dan pusat bandar utama. So, anda tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan bas.  Mengenai harga penginapan pula tiga malam hanya RM100  untuk double room(anada bleh tingaall 3 hingga 4 orang). Hotel ini juga terdapat sauna untuk anda yang ingin panaskan badan. Jadi bila sampai ke Korea boleh la anda mencari Love Motel ini di Waze.

3. AKTIVITI DI KOREA

Bila berada di Korea pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan sama ada berbayar atau tidak. Untuk menjimatkan kos admin memperkenalkan beberapa aktiviti yang tidak memerlukan wang kepada anda semua. Bagi aktiviti lasak  anda boleh melakukan hiking atau clambing ke dua destinasi yang menarik iaitu Bukhansan National Park di Seoul dan Gunung Jangsan di Busan. Pemandangan di atas gunung sangat cantik dan admin yakin anda tidak akan menyesal mendakinya. Selain itu, anda juga boleh berbasikal untuk melihat kawasan-kawasan menarik di Korea dan anda boleh menyertai Festival Korea sebarang bayaran tidak akan dikenakan. Namun terdapat juga hotel-hotel lain yang menawarkan harga murah kepada anda, anda perlu bijak membuat pilihan.

4. MAKANAN

Satu hidangan lengkap yang halal di Seoul berharga 10,000 won (RM37) rata-ratanya la. Tapi rugilah kita ke Seoul tak rasa makanan sana, jadi kita peruntukan untuk trip anda dalam dua atau tiga kali saja makan di restoran. Selalunya di hostel dah sedia sarapan. Masa sarapan tu,anda pulunlah makan banyak-banyak supaya kenyang sehingga ke tengah hari. Boleh juga kita beli nasi segera di kedai serbaneka di sana, rebus atau masak telur, tuang kicap, makan dengan kimchi, sedap juga! Kalau ada bawa sambal hitam atau serunding pun, lagilah seronok. Di kedai serbaneka, ada makanan yang halal dan sesetengah tu siap ada logo halal antarabangsa. Dan makanan yang dijual di kedai serbaneka lebih murah dari makanan yang dijual di restoran. Tapi pandai-pandailah anda pilih makanan tu.

5. TIKET

Kalau bertuah sangat, ada yang dapat RM400 ke RM500 lebih waktu promo tiket ke Korea. Boleh juga anda gunakan aplikasi web skyscanner.com atau kayak.com. Kalau di skyscanner.com set notifikasi setiap hari untuk laman web tersebut update harga tiket kapal terbang pada tarikh yang anda sasarkan untuk mengembara ke satu-satu tempat. Siap ada tunjuk harga tu sedang turun atau makin naik. Jadi, anda akan sentiasa peka dengan harga tiket tersebut.

6. CENDERAMATA

Kalau nak beli-belah atau nak beli cenderahati untuk kawan-kawan dan keluarga, jangan beli di pusat membeli-belah kerana harganya sangat mahal. Beli di Insadong untuk keychain, fridge magnet, penanda buku, ketip kuku yang ada corak Korea tu, set sudu Korea yang orang buat cenderahati tu dan lain-lain lagi. Kalau nak beli pakaian murah, pergi ke Dongdaemun. Nak beli baju dan cenderahati di Namdaemun Market pun boleh, tapi kena tawar menawar dan survey dulu sampai ke hujung, jangan terus beli. Kedai yang dah ke dalam sikit tu lebih murah. Kalau nak beli kerongsang murah, pergi Namdaemun Market di bangunan pemborong.

Jumlah keseluruhan tak campur makan dan membeli-belah adalah kurang daripada RM1000. Makan dan beli-belah ini ikut kemampuan anda, ada yang jenis suka makan atau suka membeli, yang tu masing-masing kiralah. Kalau makan ala kadar, beli pun tak beriya sangat, memang boleh dapat bawah RM1,000 melancong ke Seoul ni. Jadi apa tunggu lagi jadikan percutian ke Korea menjadi salah satu destinasi yang bakal anda lawati.

Namun begitu, untuk mendapat keselesaan bercuti ke Korea anda boleh membuat tempahan di Muslimtrevelbug. Jika sebarang pertanyaan boleh hubungi agensi kami di Pakej Murah Travel. Sementara tawaran istimewa masih dibuka bayaran deposit hanya RM100.

Leave a Comment