Hari ini admin akan “share” tips melancong tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Jadi admin akan jelaskan bagaimana cara untuk anda memastikan setiap kali travel anda boleh bajet kos dan berpuas hati dengan tempat yang di lawati.
Pertama sekali anda mesti plan:- Pastikan sebelum anda mulakan travel rancang terlebih dahulu. Contohnya masukan ke dalam “list” tempat yang patut di lawati, berapa lama anda ingin travel, lokasi menarik di negara tersebut, wang yang patut di bawa dan totalkan kesemua kos yang anda akan habiskan. Plan ini boleh dibuat secara kasar terlebih dahulu. Hanya untuk melihat anggaran kasar trip anda dan bajet. Boleh buat dalam bentuk itinerari di dalam Words / Excel.
Kedua rujuk panduan yang sahih:- Setelah rangka plan, anda boleh mula merujuk internet, blog, buku dan orang yang lebih berpengalaman dalam dunia travel. Pastikan objektif plan anda menjadi persoalan utama semasa anda membuat rujukan. Misalnya, anda persoalkan kos, pengangkutan di sana, tempat makan, penginapan dan lain-lain.
Ketiga tiket dan penginapan yang murah:- Sentiasa membuat pantauan harga tiket di website penerbangan “airline”. Antara websitenya ialah gotogate.my, kiwi.com, TripAir, Budget Air dan banyak lagi. Ada cara kalau dibuat secara Multiple Flights akan dapat jauh lebih murah. Maksudnya transit dari satu negara ke negara yang lain “instead of” ambil “direct flights”.
Penginapan pula anda boleh semak di website Trivago, Booking.com, Airbnb, Agoda, Hotels.com danĀ lain-lain.
Keempat anda kena buat itinarari secara detail:- Setelah membeli tiket, anda boleh mengisikan kekosongan untuk plan yang anda buat secara kasar tadi. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Di sini, anda dah boleh melihat dan itinerari lengkap anda. Jika malas membuat jadual perjalanan sendiri anda boleh search di Google sahaja.
Tips lain:- Sentiasa bawak duit lebih untuk “emergency”. Jika anda sukar untuk memakan makanan negara lain, anda disyorkan membawa makanan sendiri lagi jimat.
Kesimpulannya, anda boleh travel sendiri tetapi perlu berani untuk menghadapi cabaran yang bakal di hadapi. Namun begitu, jika anda tidak bersedia untuk travel secara sendirian, anda boleh membuat tempahan dengan agensi pelancongan Muslimtravelbug. Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp kami KLIK DISINI.