fbpx

Tips melancong ketika menjelang bulan Ramadhan

Muslimtravelbug May 17, 2018

Tips ini admin kongsikan khas buat anda yang nak travel pada bulan Ramadhan ini. Memang tidak dinafikan anda akan merasa penat dalam perjalanan, jadi untuk mengelakkan masalah ini admin cadangkan beberapa tips yang berguna untuk anda praktis sebelum pergi melancong.

1. Pastikan aplikasi Muslim Pro ada dalam “smartphone” anda

Aplikasi ini penting untuk anda mengetahui waktu solat, waktu berbuka dan arah kiblat. Aplikasi ini anda boleh download secara percuma di Play Store atau App Store. Aplikasi ini dilengkapi dengan bacaan dan penterjemah Al-Quran, penunjuk arah kiblat, azan dan waktu solat mengikut lokasi anda, serta update mereka yang terbaru sempena Ramadhan, iaitu waktu berpuasa, iftar dan imsak. Selain itu, anda juga boleh dapatkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan urusan anda mencari makanan halal, mahupun tempat solat ketika travel seperti HHWT Travel Planner App. Untuk mengetahui tahap kecekapan app ini anda boleh melihat info yang terdapat dalam aplikasi ini juga adalah berdasarkan review dan rating daripada pengguna sendiri.

2. Pilih destinasi yang siang/malam 12 Jam.

Anda perlulah memilih destinasi yang sesuai untuk di lawati ketika sedang berpuasa. Destinasi yang sesuai tidak semestinya bermaksud destinasi yang muslim-friendly. Sebenarnya, ia lebih bergantung kepada kemampuan anda sendiri. Andainya, anda mampu berpuasa lebih 20 jam sehari seperti di Iceland, bolehlah ke sana. Selain itu, andai anda bertahan untuk berpuasa dengan cuaca musim panas dan kering serta suhu yang tinggi seperti di beberapa daerah di Amerika Syarikat, misalnya California, silakan. Jadi, admin cadangkan anda mencuba berpuasa di daerah yang mempunyai waktu berpuasa paling pendek, contohnya di Punta Arenas, Chile ini kerana tujuan kita travel ketika berpuasa pun bukanlah untuk mencabar diri kita sangat pun kan, ianya cukuplah sekadar untuk merasai pengalaman berpuasa di tempat orang.

3. Rancang perjalanan

Selepas anda berjaya memilih destinasi yang paling sesuai dengan anda, adalah lebih afdal sekiranya anda buat perancangan terlebih dahulu. Anda perlu merancang perjalanan anda supaya anda tak membazir masa dan tenaga semasa dalam perjalanan. Sebaiknya, sediakanlah itinerary yang tidak terlalu padat supaya tidak terkejar-kejar dan tidak penat. Hindari aktiviti-aktiviti lasak atau yang tidak sesuai, seperti mendaki gunung dan scuba diving, dalam itinerary anda.  Apa yang penting kaji tempat-tempat yang ingin anda lawati terlebih dahulu. Jangan lupa untuk semak hari dan waktu operasi tempat-tempat tersebut dan pastikan anda tahu pengangkutan yang ada dan tempoh masa yang diambil untuk ke sana. Silap hari bulan, duit habis, masa habis, tapi tempat yang anda ingin lawati itu tutup pula.

4. Travel secara kumpulan

Elakkan travel berseorangan kerana anda akan rasa masa berlalu terlalu lambat. Namun, berbeza apabila meluangkan masa atau berjalan bersama kawan-kawan, sedar tak sedar, sudah lebih 2 jam dan sudah jauh rupanya anda berjalan. Mempunyai teman ketika travel sangat membantu untuk mengalihkan fikiran kita daripada berasa penat dan bosan, lagi-lagi ketika sedang berpuasa. Jika selalunya anda lebih selesa travel secara solo. Selain itu, kos-kos seperti kos pengangkutan dan penginapan juga akan jadi lebih murah kerana boleh di kongsi bersama-sama.

5. Lebihkan negara Islam

Masalah yang paling kerap Muslim travellers hadapi adalah untuk mendapatkan makanan halal. Lagi-lagi jika travel ke tempat yang majoriti daripada penduduknya bukan beragama Islam.  Oleh itu, admin cadangkan pilih tempat yang majoritinya beragama Islam supaya senang anda menjalani ibadah puasa. Sekiranya, anda terpaksa ke negara yang majoriti bukan Islam boleh  bekal makanan yang tahan lama ketika berjalan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda tidak jumpa restoran atau kedai makan yang halal apabila sudah hampir waktu untuk berbuka nanti. Alternatif lain, anda juga boleh include-kan sekali lawatan ke masjid tempatan di situ (sekiranya ada) apabila hampir tiba waktu berbuka. Seperti di negara kita sendiri, masjid-masjid di negara lain, ada juga menghidangkan makanan percuma untuk orang Islam di sana berbuka.

Jadi sudahkah anda bersedia travel bulan puasa? Tapi apa-apa pun, perlu diingatkan, sebaik mana pun kita merancang, Tuhan tetap sebaik-baik perancang. Jadi tak perlu stress-stress kalau perjalanan kita tak seperti apa yang kita dah plan. Lagi-lagi bulan puasa, anggaplah semuanya ujian untuk kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Percayalah, benda-benda yang tak dirancang ini lah yang akan jadi memori yang paling kita ingat nanti. Oleh itu, untuk memudahkan lagi urusan percutian anda boleh membuat tempahan di Muslimtravelbug. Hubungi kami segera di Pakej Murah Muslitravelbug.

Kredit : https://tmplbackpackers.my/2017/05/16/tips-travel-ketika-bulan-ramadhan/

Leave a Comment