Bila sebut sahaja mengenai musim sejuk di Korea, pasti kita terbayang makan strawberry saiz besar serta rasanya yang sangat manis. Tak lupa juga dengan harganya yang mampu milik dan mudah didapati di sekitar bandar Korea.
Namun, setiap strawberry yang dijual tak semua memiliki kualiti yang sama. Ada yang kadangkala strawberry dijual dengan harga murah berbanding di tempat lain dan bila rasa, strawberry tu rasa banyak yang tawar berbanding yang manis.
Kami akan kongsikan tips ringkas cara-cara kenalpasti kualiti strawberry yang dijual di Korea supaya anda dapat kenalpasti kualiti strawberry yang terbaik untuk dimakan.
- Strawberry Gred Rendah – Strawberry ini biasanya kecil dan warna merah biasa. Berhati-hati sebelum membeli strawberry ini sebab kadang-kala strawberry ini ada yang kurang elok dan banyak yang sudah rosak. Beli pula masa selain waktu musim sejuk. Lagi tak sedap rasa dia
Harga : 3,000 Won (RM12+)
Lokasi : Sekitar kawasan pejalan kaki. Lori buah. Gerai buah etc.
- Strawberry Gred Sederhana – Strawberry ni rasanya lebih manis berbanding Strawberry Gred Rendah. Saiz dia kebanyakkan besar dan sangat digalakkan bagi mereka yang ingin makan strawberry dengan puas. Namun Strawberry ni tak sesuai dibawa balik Malaysia kerana manisnya akan hilang apabila strawberry itu tidak lagi segar. Harga : 5,000-7,000 Won (RM20-28+)
Lokasi : Pasaraya. Sekitar kawasan tarikan pelancong.
- Strawberry Gred Tinggi – Kalau anda bercuti ke Korea melalui agensi pelancongan biasanya akan dibawa ke ladang ni. Strawberry ni sangat segar dan ini satu-satunya strawberry organik di Seoul. Saiz dia memang besar dan warna dia merah menyala. Harganya agak mahal tapi kualiti dia sangat bagus dan puas hati. Nak bawa balik Malaysia pun boleh dan mampu bertahan hampir seminggu jika diletakkan dalam peti ais Harga : 15,000 Won (RM60)
Lokasi : Ladang Strawberry di Korea seperti Fourseason Farm, Seoul
So kalau nak rasa strawberry terbaik dalam Seoul, boleh travel dengan kami Muslimtravelbug. Kami akan bawa anda ke ladang strawberry terbaik di Seoul untuk anda rasai sendiri strawberry kualiti terbaik di Korea. Tak cukup dengan tu, kami siap ajar cara-cara nak buat keju Korea buatan tangan lagi.