skip to Main Content
Tips Menarik Bercuti Ke Jepun

Tips menarik bercuti ke Jepun

Mungkin admin pernah berkongsi maklumat tentang cara pelancongan ke Jepun sebelum ini tetapi berbeza kali ini. Kali ini admin ingin berkongsi cara bagaimana anda hendak terokai Jepun dengan menghabiskan wang untuk melancong dengan kadar yang rendah. Jadi cara yang pertama ialah:

1. Menggunakan pengangkutan awam.

Untuk maklumat anda menggunakan pengangkutan awam lebih jimat berbanding anda menyewa kenderaan di sana. Banyak syarikat bas (Willer Express) di Jepun menawarkan tiket atau pas yang harga berpatutan lebih kurang ¥ 10,000- ¥ 15,000 tetapi tiket ini boleh digunakan pada hari Isnin hingga khamis sahaja.  Pas boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dan boleh digunakan selama dua bulan. Menurut sumber bas di sana sangat selesa, bersih dan nyaman. Destinasi yang sering dikunjungi oleh syarikat Willer Express ialah Tokyo, Hiroshima, Kyoto, Osaka dan Nagoya.

2. Bawak makanan sendiri atau lebihkan makanan segera Jepun.

Jika anda ingin jimat dalam pemakanan anda boleh membawa makanan sendiri dari Malaysia namun jika malas anda boleh membeli makanan segera orang Jepun. Kebiasaan makanan segera orang Jepun ialah Matsuya(diperbuat dari beras), Sukiya, Yoshinoya (sekali lagi hidangan masakan Jepun, dari kari hingga udon), Mister Donut (anda mesti mencuba donat berbentuk bintang), Burger MOS (burger gaya Jepun) dan CocoCurry House Ichibanya (kari). Harga bagi makanan di atas ialah sekitar dari ¥ 300- ¥ 600.

3. Penginapan anda boleh search dalam aplikasi hotelscombined.

HotelsCombined dan AirBNB secara konsisten mempunyai pilihan penginapan termurah di Jepun. AirBNB memberikan pengalaman lebih banyak pengalaman tempatan dan terdapat banyak pangsapuri yang berpatutan di pusat bandar Tokyo. Apabila di kawasan yang jarang dilawati, panduan Lonely Planet Japan adalah sumber terbaik untuk hotel, asrama, dan ryokan (rumah tamu gaya Jepun). Pusat Maklumat Pelancongan juga merupakan sumber bantuan berbahasa Inggeris yang boleh dipercayai jika berada di kawasan kurang pelancong.

4. Pilih tempat yang tidak kena kos

Shinjuku Gyoen National Park

Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura.

Yoyogi park

Selain itu, anda boleh ke Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

5. Cari tempat jual barangan murah untuk cenderamata

Sememangnya di Malaysia ada banyak kedai Daiso, tapi Daiso di Jepun besarnya sampai 5 tingkat bangunan. Anda bayangkan berapa lama masa yang anda boleha spend dalam Daiso  tambah pula di Daiso Harajuku. Harga barangan sekitar RM2 keatas sahaja.

Jadi bagaimana pendapat anda menarik tak negara Jepun?? Bagi anda yang suka dengan tempat nyaman dan bersih Jepun adalah pilihan terbaik, kenapa admin memberi kenyataan begitu?? Anda mungkin tahu sendiri sikap orang Jepun yang disiplinnya sangat tinggi. Jadi tidak perlu risau jika anda ingin bercuti ke Jepun semestinya anda akan berasa seronok di sana.

Kalau anda ingin ke Jepun boleh membuat tempahan segera dengan kami Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi kami di klik sini.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.