fbpx

Tips mudah untuk dapatkan tiket penerbangan tambang murah khas untuk mereka yang suka melancong

Muslimtravelbug May 8, 2018

Apa yang diimpikan pada setiap orang yang gemar travel adalah mendapatkan harga tiket flight yang murah. Ini kerana harga tiket penerbangan hampir 50% mempengaruhi kos pelancongan anda, atau mungkin anda pernah ditipu oleh scram agensi pelancongan yang menawarkan harga murah. Justeru, kepada anda yang tidak tahu cara untuk memperoleh harga tiket penerbangan yang murah untuk ke destinasi yang diingini, admin ingin berkongsi tips dengan anda bagi mendapatkan tiket penerbangan yang murah.

1. Rancang terlebih dahulu destinasi yang ingin dituju

Perancangan awal untuk melancong  sangat penting kerana harga  tiket akan menjadi sangatlah murah sekiranya anda menempah seawal 5 hingga 12 bulan dari tarikh perjalanan. Walau bagaimanapun, jangan beli terlalu awal dari tarikh penerbangan kerana kebiasaannya syarikat penerbangan akan membuat promosi pada masa yang tidak dijangkakan. Pastikan anda sentiasa follow-up pages syarikat penerbangan yang menyediakan tambang murah.

2. Dapatkan tiket ketika promosi

Anda juga perlu bijak bezakan harga tiket yang dijual dengan harga biasa dengan harga promosi. Kebiasaan harga promosi akan dibuka pada hari ulang tahun syarikat penerbangan tersebut. Okay admin bagi contoh  dekat korang, jika korang beli harga tiket normal pada harga RM3500 untuk ke Perth tapi bila promosi harga tiket tersebut dijual pada harga RM2500. Bukan ke anda dapat jimat RM1000. Oleh itu, jika korang terjumpa harga terlajak murah terus book awal-awal jangan lengah-lengah.

3. Elakan menempah tiket pada musim perayaan

Seboleh-bolehnya elakkan tarikh yang hampir dengan musim perayaan kerana tiket yang dijual ketika musim perayaan tersangat sangatlah mahal. Hal ini kerana syarikat penerbangan mendapat tempahan yang banyak dan mereka akan menaikkan harga tiket penerbangan. Hal ini jelas terumanya jika anda membuat tempahan pada Tahun Baru Cina untuk ke Beijing harga tiket mungkin mencecah ribuan ringgit. Sekiranya anda memang bercadang juga ingin ke sana pada waktu itu, dinasihati agar membeli tiket lebih awal.

4. Gunakan search engine sebagai ejen carian

Anda mestilah mahir menggunakan search engine kerana segala maklumat yang detail ada untuk pencarian harga tambang murah. Antaranya ialah search engine ialah Skyscanner, AirFare WatchDog, JetRadar, Momondo dan banyak lagi. Dengan menggunakan web ini anda boleh membezakan harga syarikat penebangan dalam masa tidak sampai 5 minit. Sekiranya harga yang dipaparkan masih lagi mahal, anda boleh set ‘Get Price Alerts’. Klik pada butang ‘Get Price Alerts’, dan masukkan email address anda. Skyscanner akan menghantar email susulan sekiranya terdapat pengurangan harga tiket penerbangan.

5. Like dan follow laman sosial airlines seperti Facebook, Twitter dan Instagram

Hal ini sangatlah penting kerana segala maklumat berkaitan promosi akan dipaparkan dalam pages syarikat airlines tersebut. Ada kalanya, mereka turun memberi kod diskaun bagi destinasi tertentu. Untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk menerima update, anda boleh klik butang follow dan set kepada see first. Anda akan merima notifikasi untuk setiap post yang terbaru.

6. Cari pakej tawaran murah yang di sediakan mana-mana agensi pelancongan

Okay dalam kesemua tips, tips ini sangat penting kerana kebiasaan agensi penerbangan ada menawarkan pakej percutian dengan harga murah sekali dengan tambang.  Sebagai contoh pakej yang ditawarkan Muslimtravelbug, semua pakej yang ditawarkan sangatlah murah dan harga yang tidak masuk akal. So jika korang dah ada team untuk memulakan percutian apa tunggu lagi segera membuat tempahan di pakej istimewa di Muslimtrevlbug.

Jadi lepas dapat tips ni boleh la korang share tips ni dengan kawan-kawan yang giler travel tuh. Lepas kongsi tips tu apa tunggu lagi  segeralah buat tempahan di Muslimtravelbug. Kami menawarkan ke destinasi-destinasi yang menarik dengan harga MURAH GILER.

Leave a Comment