Siapa yang ingin merasakan keindahan pantai-pantai atau budaya di Bali boleh pergi melancong kesana. Untuk pengetahuan anda terdapat banyak tempat menarik di Bali yang boleh membuat anda terpukau. Oleh itu, admin kongsikan tips itinerary kepada anda bagaimana nak bercuti selama enam hari di Bali. Okay, jadi admin share tips dari hari pertama hingga last day.
Day 1: Check in hotel “Villa Diana Legian”
Aktiviti pertama setelah anda sampai ke Ngurah Rai Airport, Bali anda boleh “check in” ke Villa Diana Legian. Hotel ini sangat cantik cukup lengkap segala keperluan, view sangat cantik kerana Villa ini terletak berdekatan dengan pantai. Next, admin cadangkan anda sewa scooter untuk berjalan-jalan pusing Kuta, dan boleh servey pantai-pantai berdekatan. Selepas penat pusing-pusing anda boleh terus balik ke SPA untuk merasai kenikmatan massage di Ambiante Spa & Wellness, Legian, Bali. Pada malam harinya, anda boleh makan nasi padang yang disediakan pihak hotel. Lepas tu boleh balik tidur untuk merancang trip seterusnya.
Day 2: Kintamani tour
Untuk hari kedua admin syorkan anda ke Batik and hand Weaving Making untuk melihat sendiri bagaimana membuat ukiran batik yang berkualiti tinggi. Seterusnya anda boleh ke Bali Silver Jewellery Centre untuk beli buah tangan buat saudara mara or kawan-kawan. Seterusnya, anda boleh makan tengahari di Gunung Batur Kintamani. Anda boleh ke Tampak Siring Temple untuk melihat keunikan seni bina kolam air. Air kolam ini di panggil air suci mengikut kepercayaan agama Buddha ianya dapat menghapuskan dosa. Next, trip anda boleh ke Ubud Central Market untuk membeli kain-kain atau segal jenis pakaian harga di sini sangat la murah. Memang menyesal kalau anda tidak ke sana.
Day 3: -Nusa Dua Tour
Hari ketiga anda boleh ke Tanjung Benoa Water Sport untuk menaiki “banana boat” atau segala aktiviti di pantai. Pantai ini sangat cantik kalau anda nak berjimat boleh bersantai sahaja di kawasan pantai ini. Anda boleh makan tengahari di Natrabu Minang Restauran. Selepas itu, anda boleh buat segala aktiviti bebas di pantai itu, kebiasanya pada hari cuti pantai ini memang di penuhi pelancong.
Day 4: Bedugul Tour
Trip seterusnya anda boleh melawan Taman Ayun Temple. Admin ada share gambar di bawah. Lepas ke sana anda boleh Lunch di Ayam Tulang Lunak. Pada petang harinya anda boleh ke Alas Kedatong, untuk lihat patung-patung tradisional yang dibuat beribu tahun dahulu.
Day 5: Tanah Lot
Hari kelima anda boleh ke pantai Legian untuk berjemur atau berkelah. Untuk hari yang terakhir ini admin cadangkan anda ke Tanah Lot Temple, anda boleh lihat keindahan sunset .
Admin kongsi sedikit bagaimana terciptanya Tanah Lot: –
Menurut masyarakat Bali, Pura Tanah Lot dibangun oleh seorang brahmana bernama Danghyang Niratha yang tadinya mengembara dari Pulau Jawa. Beliau berhasil menguatkan kepercayaan mayoritas warga Bali tentang ajaran agama Hindu di abad 16. Namun, saat ia menjalani misi, Bendesa Beraban merasa iri dan ingin mengusir Danghyang Niratha dari tempat meditasinya. Kerana diusir, Danghyang Niratha sempat mengeluarkan kesaktiannya untuk memindahkan batu besar. Jadi, Pura Tanah Lot dipercaya tercipta dari kekuatan spiritual Danghyang Niratha yang memindahkan bongkahan batu besar ke tengah pantai dan menjadi tempat meditas beliau. Setelah batu berhasil dipindahkan, di bangunlah sebuah pura dan dijaga oleh penjaga pura yang tercipta dari seledang poleng milik Danghyang Niratha. Lalu selendang itu diubah menjadi seekor kuda laut yang biasa disebut lipi poleng (ular hitam-putih).
Day 6: Balik Malaysia!
Sebelum balik anda boleh enjoy di pool di Villa Diana. Setelah puas menikmati percutian anda boleh terus ke Airport dan terus balik ke Malaysia. Pastikan segala tempahan dibuat dari awal.
sampai di sini sahaja perkongsian admin, harap maaf jika maklumat yang admin kongsi sedikit membosankan. Sekiranya ada sebarang kesilapan mengenai perkongisan ini anda boleh komen di ruang komen.
Ingin percutian yang menarik!!! Kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej ke Indonesia kepada anda. Jika berminat boleh hubungi agensi kami di -> klik disini.
Nak tanya la kalau rent scooter kat sana kena ada international driving license dulu ke baru boleh rent ?