fbpx

Wow!! Dengan bajet RM 4,000 anda boleh bercuti berdua ke Maldives

Muslimtravelbug May 30, 2018

Kalau anda perasan, sekarang ini makin ramai pula orang kita yang memilih Maldives sebagai destinasi percutian. Malah,  semenjak AirAsia perkenalkan penerbangan terus ke Maldives tahun lepas, ramai yang berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang pergi bercuti ke kepulauan terindah di dunia itu. Nama Maldives sememangnya tidak lagi asing bagi peminat tegar pantai pasir putih dan lautan biru yang begitu terkenal di serata dunia.

Namun begitu, Maldives turut dianggap sebagai destinasi percutian mahal. Maklumlah, negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu mempunyai pelbagai fancy resorts yang mewah dan canggih serta hotel-hotel terapung bertaraf lima bintang. Jadi admin ingin kongsikan itinerary menarik supaya anda tidak banyak berbelanja semasa bercuti di Maldives.

Hari pertama:

Setelah tiba di Airport di Velana International Airport anda boleh terus chek in hotel.  Admin cadangkan korang memilih  Rivethi Beach Hotel sebagai tempat penginapan harganya murah dan suasana hotel juga sangat cantik. Mengenai harga pula hanya RM458 untuk 2 malam di Hulhumale (RM458 termasuk Airport Transfer Return). Sepanjang hari  ini mungkin anda akan penat so admin cadangkan korang just menikmasti pemandangan di hotel sahaja. Tetapi jangan risau pemandangan hotel ini sangat menarik admin ada kongsikan gambarnya di bawah.

Hari kedua:

Pagi admin cadangkan anda breakfast kaw-kaw sebab pakej penginapan hotel termasuk dengan breakfast. So anda boleh berjimat bagi makanan pagi. Bagi aktiviti pada hari kedua pula, admin cadangkan anda melawat atau menerokai pulau Hulhumale(sebab tidak ada bayarn dikenakan). Anda boleh ke Souvenir Hunting kalau nak beli barang cenderamata kepada rakan-rakan di Malaysia. Pada malam harinya, anda boleh Candle Light Dinner di Kick’s Restaurant (tepi laut) 400 Rufiyaa (RM120).

Hari ketiga:

Macam biasa pagi anda akan dihidangkan breakfast jadi manfaatlah sepenuhnya. Selepas breakfast anda boleh check out Revithi Beach Hotel dan perangkat ke Paradise Island. Bila sampai di sana anda akan disambut baik oleh staff Paradise Island. Check in Paradise Island Water Villa for 1 night (RM3,000 termasuk Speeboat Return Transfer). Anda boleh tinggal seramai 3 orang nak jimat pergi ramai-ramai. Water Villa paling murah di Maldives.

Hari keempat:

Macam hari sebelumnya juga breakfast turut disediakan di hotel Water Villa. Lepas jer sarapan anda boleh buat aktiviti bebas. Memang rugila sekiranya anda tidak menikmati pemandangan yang sangat cantik ini. Malah Paradise Island pernah dinobatkan sebagai pulau paling cantik di dunia. Selepas selesai semua tu boleh la anda check out & speedboat return to Airport and flight back to Malaysia.

Kesimpulannya, admin ingin kongsikan sedikit tips semasa anda berada di Maldives.  Maldives adalah negara islam. So, 95% makanan adalah halal. Orang di Maldives baik sangat, banyak mambantu. Cukai di Maldives sangat tinggi. Jadi berhati-hati sebelum buat booking.  Lebih 1,000 pulau ada di maldives, terbahagi kepada 2 buah jenis pulau (public & private). Better pergi private sebab SubhanAllah cantik sangat-sangat! Maldives menggunakan 2 jenis matawang iaitu USD & Rufiyaa. Pengalaman menginap di water villa sangat berbaloi. Kena cuba! Banyak aktiviti yang boleh buat di Maldives antaranya Snorkeling, Sandbank, Resort Day Trip, Night Fishing dan banyak lagi.

So apa tunggu lagi segera lah masukan pulau Meldives sebagai tempat wajib pergi korang. Namun, jika anda ingin menggunakan khidmat travel agensi pelancongan jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej ke pulau-pulau menarik. Jika anda berminat boleh klik di sini =} pake murah….

 

2 thoughts on “Wow!! Dengan bajet RM 4,000 anda boleh bercuti berdua ke Maldives”

Leave a Comment